Thursday, May 29, 2014

Cerita cinta Ahmad Ammar

Assalamualaikumreaders,


Sedang membaca kisah Ahmad Ammar di dalam buku ini. Sangat terkesan di kalbu.




"Dunia biarlah berpenat, akhirat tempat aku berehat. Perjuangan yang belum selesai...

Al-Fatihah




Senyum selalu

Tuesday, May 27, 2014

Kenyataan media JAKIM berkenaan keputusan Mesyuarat Khas berkaitan isu penemuan DNA Porcine dalam Produk keluaran Syarikat Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd.

Assalamualaikum readers,

Hujung minggu yang lepas, kita digemparkan dengan Pengesanan DNA Porcine (DNA B*bi) dalam coklat susu dengan kacang hazel - Cadbury Dairy Milk. Pergh.. memang ramai yang berasap, bila bab halal haram timbul, lebih-lebih lagi melibatkan makanan yang digemari ramai. Penggemar-penggemar coklat terutamanya peminat tegar Cadbury memang rasa nak pegi serang jek kilang cadbury. Sejujurnya, aku bukan penggemar cekelat, tapi pernah la jugak makan cekelat cadbury ni, memang terasa bebenor nak m*ki hamun. 

Sekali dah keluar hakikat macam ni, memang seumur hidup aku takkan makan dah cadbury ni, semua jenis.. semua perasa.. semua kategori... walaupun nanti dia kuar kenyataan dah halal or wat so ever.. boleh blah.. 

Oh.. entri ni sebenarnya bukan nak membebel panjang, cuma nak kongsi dengan u ols Kenyataan Media Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkenaan keputusan Mesyuarat Khas antara JAKIM, KKM, KPDNKK, Jabatan Kimia Malaysia dan Jabatan Standards Malaysia berkaitan isu penemuan DNA Porcine dalam Produk keluaran Syarikat Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd.


 


Pada aku la kan, bab halal haram, jadi darah daging memang takkan ada kompromi lagi. Tiada peluang kedua. Say NO to CADBURY.. 




Senyum selalu

Friday, May 23, 2014

Emel SPAM

Assalamualaikum readers...

Pernahkah korang terima emel yang bukan-bukan, merepek-merapu, merewang, tah hape², tak logi blablabla. Contohnya seperti:


Maybank: Akaun anda telah tamat tempoh, sila klik link ini untuk kemaskini

RHB: Akaun anda telah disekat, sila klik untuk pengesahan

Markonah: Tawaran perniagaan luar negeri

Panda: Anda menang cabutan bertuah!!!


Aku selalu sangat dapat emel macam ni. Dari bank yang paling selalu. Bank yang aku tak pernah buka akaun pun tetiba dapat emel akaun disekat, apakejadah semua itu. Memenuhkan mailbox je tau. Penat nak delete. Kalau korang tak perasan jugak, meh nak bagitau camana kah ropenye emel SPAM ney:

  1. Meminta kita agar memasukkan maklumat peribadi atau maklumat akaun emel.
  2. Pada kebiasaannya ia dihantar pada masa bukan waktu pejabat
  3. Kandungan susunan ayat tidak teratur. Mengandungi banyak kesalahan ayat. Kemungkinan menggunakan Google Translate untuk mencipta ayat-ayat tersebut
  4. Mempunyai pautan (Link) meminta untuk kita klik, sama ada untuk mengisi borang atau mendapatkan sebarang maklumat lanjut.
  5. Meminta kita untuk memuat turun (download) sebarang lampiran (Attachment)




Berhati-hatilah ye, jangan ikut suka main klik je link yang tah sape-sape hantar, lebih-lebih lagi yang menjanjikan bulan dan bintang, ayat-ayat manis bergula.. semua tu boleh buat derita kena diabetes.. Sekian.



Senyum selalu

Tuesday, May 20, 2014

Hantarkan pencalonan/penyertaan anda segera!

Assalamualaikum readers..

Kalau selama ni kita cuma dok tahu pasal Anugerah Bintang Popular, Anugerah Planet Muzik, Anugerah Industri Muzik, Anugerah Skrin, Anugerah MeleTOP ERA dan segala bagai anugerah hiburan semata-mata, apa kata hari ni kita kembangkan kotak minda dah masukkan sedikit info tentang Anugerah/pengiktirafan dalam bidang Sains dan Teknologi yang mungkin kita terlepas pandang.




Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah membuka pencalonan untuk Anugerah Saintis Muda Negara (National Young Scientist Award 2014) dan Anugerah Juruteknologi Negara (National Technologist Award 2014). Apo ko bondo eh tu? Meh kita semak.


Anugerah Saintis Muda Negara
Anugerah Saintis Muda Negara diadakan sebagai satu pengiktirafan terhadap kerja dan pencapaian yang cemerlang oleh saintis muda dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) sains, teknologi dan inovasi (STI). Anugerah ini diharap akan memberikan perangsang dan galakan kepada saintis muda tempatan untuk meningkatkan kecemerlangan, kreativiti dan sumbangan dalam bidang penyelidikan sains dan teknologi (S&T). 

Anugerah ini menyediakan satu (1) hadiah bernilai RM20,000.00, plak dan sijil penghargaan.




Anugerah Juruteknologi Negara
Anugerah Juruteknologi Negara diadakan sebagai satu pengiktirafan terhadap kerja dan pencapaian yang cemerlang oleh Juruteknologi (Juruteknik/Pembantu Makmal serta kakitangan separa ikhtisas) yang kerja-kerjanya berkaitan dengan sains dan teknologi (S&T). Anugerah ini diharap akan memberikan perangsang 
dan galakan kepada mereka untuk meningkatkan kecemerlangan kreativiti dan melipatgandakan usaha mereka untuk membantu memajukan penyelidikan sains dan teknologi di Negara ini. 

Anugerah ini menyediakan satu (1) hadiah bernilai RM10,000.00, plak dan sijil penghargaan.




Boleh tahan jugak kan, apatahlagi kalau kita memang terlibat secara langusng dalam bidang-bidang itu. Sambil-sambil melaksanakan kerja dengan amanah, tekun dan efisyen boleh juga kita calonkan diri untuk mendapat pengiktirafan negara, baru berbaloi-baloi dan bersemangat waja nak kerja ye dok. 

Kalau anda berkelayakan apa salahnya hantarkan pencalonan/penyertaan anda sekarang juga. Tarikh tutup adalah pada 30 Jun 2014. Ada lebih kurang sebulan lebih lagi. Nak maklumat lanjut mengenai:

• Ringkasan Pencalonan Anugerah Saintis Muda Negara 2014
• Syarat Anugerah Saintis Muda Negara 2014
• Senarai Semakan Pencalonan Bagi Anugerah Saintis Muda Negara 2014
• Borang Anugerah Saintis Muda Negara 2014




Hantarkan sekarang!


Senyum Selalu


Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru, Cikgu

Assalamualaikum reader..


16 Mei.. Hari Guru.. 
Dikesempatan ini, ingin aku coretkan ungkapan TERIMA KASIH yang amat sangat buat semua guru-guru ku.. yang mengajar aku kira, baca, tulis. Yang mengajar aku langkah, jalan, lari. Yang mengajar aku kenal hidup. Yang mengajar aku menjadi insan berilmu. 


Tiada apa yang boleh membalas semua jasa kalian. Terima Kasih Cikgu.

#Tadika KEMAS Beaufort
#SK Pekan Beaufort
#SMK Beaufort
#UTM Skudai





Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa. 

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG,1979



Senyum selalu

Leteran isteri punca suami pendek umur

Assalamualaikum reader...

Gelak-gelak sendiri bila terbaca keratan surat khabar ni...




Macam-macam la omputih ni kan, benda cam ni pun nak buat kajian. Tapi betul ke? hehe no komen. Tak moh la cakap lebih-lebih kan sebab belum lagi bergelar isteri huehue. Sekarang ni memang la tak de benda sangat nak di leterkan. Nak meleter kat sape pun tak tau haha. Jadi hipotesis ni tak boleh diterima.. wink wink..

Suami-suami semua, kalau tak nak isteri meleter janganlah buat benda yang boleh buat dia menceceh tak sudah ye dok.. Haish.. tak taulah teman.. No komen lagi lah. K bye..


Senyum selalu


Wednesday, May 14, 2014

Jalan-jalan cari makan edisi 'Cendol Jam Besar'

Assalamualaikum readers,

Tengah ralit siapkan kerja tetiba terasa-rasa keenakan cendol kat tekak. Teringat kat Cendol Jam Besar yang lemak berkrim.. yummy... yummy... Memang tak dapatlah nak merasa hari ni, jauh beno nak pegi ke Bandar Melaka nun..

Alkisahnya, semenjak dua menjak ni, team we ols kerap juga out station ke Melaka. Makanya tempat mesti singgah ialah gerai Cendol kat tepi sungai Melaka. Sempat juga lah menghabiskan cendol + ABC semangkuk dua. Huhu.. mana nak carik cendol ni, tak mo cendol pasar malam, kurang umprrh...


Menu..

ABC Ice Cream


Pakcik ni memang gila cendol durian.. 4 mangkuk selamba je dia belasah


Jangan terpedaya dengan ilusi 3 mangkuk itu, i makan semangkuk je huhu..
sila percaya.. wink..wink..


Senyum selalu

Thursday, May 8, 2014

Nasib si roti burger

Assalamualaikum readers..


Saya suka makan burger
Tapi tak de la kategori peminat fanatik burger
Bukan juga burgerian <--- font="" size="1">ada ke istilah ini hurm....
Tapi suka la jugak kadang-kadang
Tapi saya tak makan burger McD
Dah dekat dua tahun rasanya.. 
Saya BOIKOT McD huh..


Bila makan burger, saya tak makan sekali harung. Saya akan makan satu persatu.. Roti kat atas sekali dulu, sayur-sayur, tomato, daging/ayam.. Itu sahaja. Roti yang paling bawah selalunya saya tak makan. Kesian dia. Begitulah nasib si roti burger. Sekian la coretan saya hari ini. 


p.s: Kalau order burger tak nak roti bawah tu boleh ke ek? ek? ek?


Nasib si roti burger Ramly

Nasib si roti Zinger Burger KFC


Senyum selalu










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (2) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)