Assalamualaikum readers..
Kalau selama ni kita cuma dok tahu pasal Anugerah Bintang Popular, Anugerah Planet Muzik, Anugerah Industri Muzik, Anugerah Skrin, Anugerah MeleTOP ERA dan segala bagai anugerah hiburan semata-mata, apa kata hari ni kita kembangkan kotak minda dah masukkan sedikit info tentang Anugerah/pengiktirafan dalam bidang Sains dan Teknologi yang mungkin kita terlepas pandang.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah membuka pencalonan untuk Anugerah Saintis Muda Negara (National Young Scientist Award 2014) dan Anugerah Juruteknologi Negara (National Technologist Award 2014). Apo ko bondo eh tu? Meh kita semak.
Anugerah Saintis Muda Negara
Anugerah Saintis Muda Negara diadakan sebagai satu pengiktirafan terhadap kerja dan pencapaian yang cemerlang oleh saintis muda dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) sains, teknologi dan inovasi (STI). Anugerah ini diharap akan memberikan perangsang dan galakan kepada saintis muda tempatan untuk meningkatkan kecemerlangan, kreativiti dan sumbangan dalam bidang penyelidikan sains dan teknologi (S&T).
Anugerah ini menyediakan satu (1) hadiah bernilai RM20,000.00, plak dan sijil penghargaan.

Anugerah Juruteknologi Negara
Anugerah Juruteknologi Negara diadakan sebagai satu pengiktirafan terhadap kerja dan pencapaian yang cemerlang oleh Juruteknologi (Juruteknik/Pembantu Makmal serta kakitangan separa ikhtisas) yang kerja-kerjanya berkaitan dengan sains dan teknologi (S&T). Anugerah ini diharap akan memberikan perangsang
dan galakan kepada mereka untuk meningkatkan kecemerlangan kreativiti dan melipatgandakan usaha mereka untuk membantu memajukan penyelidikan sains dan teknologi di Negara ini.
Anugerah ini menyediakan satu (1) hadiah bernilai RM10,000.00, plak dan sijil penghargaan.

Boleh tahan jugak kan, apatahlagi kalau kita memang terlibat secara langusng dalam bidang-bidang itu. Sambil-sambil melaksanakan kerja dengan amanah, tekun dan efisyen boleh juga kita calonkan diri untuk mendapat pengiktirafan negara, baru berbaloi-baloi dan bersemangat waja nak kerja ye dok.
Kalau anda berkelayakan apa salahnya hantarkan pencalonan/penyertaan anda sekarang juga. Tarikh tutup adalah pada 30 Jun 2014. Ada lebih kurang sebulan lebih lagi. Nak maklumat lanjut mengenai:
• Ringkasan Pencalonan Anugerah Saintis Muda Negara 2014
• Syarat Anugerah Saintis Muda Negara 2014
• Senarai Semakan Pencalonan Bagi Anugerah Saintis Muda Negara 2014
• Borang Anugerah Saintis Muda Negara 2014
Bolehlah klik terus pada link ini http://www.mosti.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=3120
Hantarkan sekarang!
Senyum Selalu
Just wish to say your article is as astonishing. The clearness in your post
ReplyDeleteis just excellent and i can assume you're an expert on this subject.
Well with your permission let me to grab your feed to keep updated
with forthcoming post. Thanks a million and please carry on the gratifying work.
Here is my web page ... Big Idea Mastermind Latino
I am truly grateful to the owner of this
ReplyDeletesite who hass shared this wonderful paragraph at at this place.
Also visit my weblog; best steroids Michigan