Friday, July 25, 2014

Selamat datang Eidul Fitr

Assalamualaikum readers...


DUA hari lagi! 


Wahai perantau-perantau di kota.....
Pulanglah ke desa berhari raya.....
Ayah serta bonda....
Amat mengharapkan....
Kepulanganmu di hari bahgia...


*lap air mata yang bercucuran, sambil feeling duk kat tepi tingkap*




Wahhh... mood kerja dah kelaut nih, ramai yang dah coti, tinggallah kami yang 'rajin' ni masih kerja lagi ditemani dengan lagu-lagu raya yang sayu berkumandang. Syahdu sungguh bunyinya....

Dengan ini, saya sebagai penyimpan mohon besar kepada diri sendiri dengan rendah hati ingin memohon ampun dan maaf kiranya pernah menyinggung perasaan anda-anda-anda semua. Sama ada melalui entri-entri di blog ini ataupun komen-komen balas yang mengguris hati dan perasaan. Selamat Hari Raya Eid ul Fitr, Maaf zahir dan batin.


#Selamat balik kampung
#Berhati-hati di jalan raya, Ingatlah orang yang tersayang
#Semoga kepulangan anda disambut dengan senyuman bukannya tangisan kedukaan 
#Semoga selamat kembali juga nanti
#Jangan main mercun - ingat anggota tubuh badan anda tiada jual kat pasar raya
#Eratkan silaturrahim - jangan dok main hp/tab aje
#Dalam pada kita bergembira jangan dilupa pada yang tiada
#Pray4Gaza
#Pray4MH370
#Pray4MH17
#Semoga berjaya #teammalaysia di #Glasgow
#MCCE2014
#MCY2014




Pada yang mengenali wajah kanak-kanak riang kat entri ni, kami dari UKK MOSTI juga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, semoga ikatan yang terjalin ini akan berkekalan dengan ingatan yang manis-manis belaka.. NI nak belanja gambar riang ria selfie raya... raya..raya juga jangan lupa #MCCE2014 #MCY2014 hehe.. jom hashtag reramai..


Special thanks buat boss yang dikasihi. Makasih ya boss atas duit raya nye.. u a da best! jangan lari tau! Oke la, masa sudah time.. nak balik dulu.. chow.. selamat hari raya semuaaaa!!!





 Senyum selalu 

Thursday, July 24, 2014

Resepi: Jejari Nestum - biskut raya senang banget!

Assalamualaikum readers..

Nampaknya mood raya dah melanda seantero dunia. Ofis dah mula kosong walaupun aku masih setia di sini huhu. Sabtu baru cuti, sadis pulak dengar lagu raya masa-masa ni, lampu kelap kelip, biskut raya atas meja cuma menunggu masa nak bawa balik.. sayu woooo..

Tak mo la cerita banyak, u ols yang dah selamat sampai kampung mesti tengah sibuk dengan persiapan raya kan. ada tak yang masih tak cukup biskut raya, walaupun dah berbalang-balang tapi masih rasa tak cukup juga. Meh nak kongsi biskut raya ekspress, senang banget nak buat. 15 minit dah boleh dapat sebalang. Yang pentingrasanya memang maveles!

Okeh, biskut ini diberi nama jejari nestum, tapi boleh juga menjadi jejari coklat atau jejari badam haha.. apa-apa pon bole. Meh tengok bahan-bahannya:



Nestum
Roti Gardenia - Roti lain tak best haha
Coklat Masakan - coklat biasa jual kat kedai tu pun bole




Ha tiga bahan je. Teruja tak? Acane pulak nak buatnye:




# Potong roti garnedia ala-ala jejari. Untuk yang ni, aku cuma guna bahagian tepi roti aje sebab yang putihnya aku buat puding roti hehe.

# Lepas siap kerja potong-memotong, sepahkan aje dalam dulang pembakar, masuk dalam oven, bakar sampai garing. Jangan sampai hangus pulak ye.






# Sementara tu, cairkan coklat guna kaedah double boiler. Ala yang didihkan air, pastu letak satu bekas lagi kat atas untuk cairkan coklat.





#Celupkan aje, roti yang dah garing tu ke dalam coklat





# Guling-gulingkan kat atas nestum sambil nyanyi lagu hindustan








Tadaaaaaaaaaaaaaa.... dah siap.. jejari nestum. Mudah kan. Sedap pulak tu. 


Kalau nak buat pelbagai variasi pun boleh. Guna coklat putih, salut dengan bijian coklat ataupun guna coklat perisa strawberi, salut dengan badam. hehe. Dapatlah biskut raya pelbagai rasa. Selamat mencuba.




Senyum selalu

Friday, July 18, 2014

Perginya MH17

Assalamualaikum readers...


Speechless.. terkedu.. tiada kata-kata


Perkhabaran yang diterima awal pagi semasa bangun bersahur bagai menyentak seketika ketenangan subuh. Allahuakhbar... Sekali lagi kita diuji. Saat MH370 masing diselubungi misteri, ketika perintah berkurung dilaksanakan di Pantai Timur Sabah, dikala fenomena El-Nino melanda.. pagi ini kita dikejutkan dengan berita yang bagaikan sukar untuk diterima. Pesawat Malaysia Airlines MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk anak kapal ditembak dan terhempas di timur Ukraine.



YA ALLAH... air mata ini tak mampu ditahan lagi. Innalillahi wainna ilaihi rajiun.. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Takziah buat semua keluarga, penumpang dan anak kapal #MH17. Doakanlah yang baik-baik sahaja. 


Tahun 2014, tahun penuh ujian buat Malaysia, Kalau bukan kita sebagai rakyat yang saling menyokong, siapa lagi yang nak membela negara sendiri. Tak perlulah saling berbalah menyalahkan sesama sendiri, menjatuhkan sesama sendiri, melaga-lagakan sesama sendiri. Inilah masanya untuk kita kembali bersatu sebagai sebuah negara di saat perpaduan itu ibarat retak menanti belah. 


HENTIKAN!! 
   * SPEKULASI
   * TEORI-TEORI MENGARUT
   * SHARE BERITA TIDAK SAHIH
   * KOMEN BERBAUR POLITIK
   * MENGHENTAM NEGARA
   * PENCARI PERHATIAN / ATTENTION SEEKER
   

Doaku dan semua rakyat Malaysia bahkan dunia untuk #MH17, tidak dilupakan #MH370

YA ALLAH, rahmatilah negara yang kami cintai ini. Disini lahirnya sebuah cinta. Malaysiaku berdaulat tanah tumpahnya darahku.

Tuesday, July 15, 2014

Review: Kerana terpaksa aku relakan

Assalamualaikum readers...

Rasanya semalam ramai la juga (ramai ke?) yang dok menanti-nanti episod akhir drama slot akasia Kerana Terpaksa Aku Relakan lakonan Amar Baharin dan Izreen Azminda.... Eh betul ke aku tulis nama dorang tu....




Drama ni adaptasi novel. So tak yah cerita panjang berjela-jela, korang pun dah tahu kan. Cumanya sebagai orang yang dah baca novel ni aku nak bagi review sikit pasal episod akhir, diulangi episod akhir sahaja huhu. Kalau nak review semua episod mau aku tulis novel lak kat sini.




Aku agak tidak berpuas hati dengan episod akhir ni. Erm macam di buat terlalu laju, semua nak di cramp kan dalam satu episod, dia jadi macam tetiba je.. Eh dah kat situ.. Eh dah jumpa.. Eh dah baik.. Eh kena pukul.. Eh koma.. Eh dah sedar.. Eh ayah dia dah ok.. Eh.. Eh.. Eh... terkejut-terkejut gitu... Cam tu la perasaan nya.



Pastu boleh buat dia buat ala-ala nak bagi soalan kuiz kat kepala penonton di saat-saat akhir pasal mak indah. Motif??? Sama ada nak buat part 2 atau nak suh orang beli novel.. 

Untuk keseluruhan cerita aku bagi 4 bintang. Untuk episod akhir aku bagi 3 bintang aje huhu.. Amacam, Ada macam juri fear factor tak? Oke tak de kena mengena.... Selamat berbuka puasa! 



Senyum selalu

Friday, July 11, 2014

BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG SESI PENGAJIAN 2014/2015

Assalamulaikum readers...

Anda masih tercari-cari cara untuk melanjutkan pengajian dengan tawaran biasiswa? Masih belum terlambat.. sempat lagi ni.. ada lagi seminggu. Cepat.. jangan berlengah lagi.



Permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2014/2015 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di dalam dan luar negara dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam.


Keterangan mengenai Program Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2014/2015, syarat-syarat permohonan dan panduan permohonan boleh diperolehi dengan melayari portal www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my/ mulai tarikh iklan ini disiarkan.


Senyum selalu

Thursday, July 10, 2014

#PRAYforGAZA

Assalamualaikum readers...


Usah ditangisi kekalahan Brazil dan Belanda dalam separuh akhir piala dunia, tapi tangisilah keperitan dan penderitaan saudara-saudara kita di bumi Gaza. Gaza dibedil secara berterusan oleh rejim Zionis sejak Isnin malam. Sesuka hati, sesedap rasa dia nak serang orang. Sekutu-sekutu Yahudi Laknatullah hanya berdiam diri seolah-olah 'menghalalkan' pembunuhan secara terang-terangan ini.





Kita mungkin tidak mampu untuk berjuang bersama mereka dari aspek fizikal, namun kita masih punya senata paling ampuh iaitu DOA. Di bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, marilah kita sama-sama kita doakan semoga ALLAH membantu mereka dan menghancurkan Yahudi sehancur-hancurnya. Selamatkan la GAZA ya Allah, bantulah mereka. Bacalah Qunut Nazilah ini setiap masa dan ketika.




Atas rasa bertanggungajawab, Aman Palestin telah melancarkan Tabung kecemasan GAZA. Bantulah mereka sedaya upaya kita. Maklumat berkaitan seperti keratan akhbar berikut:






LIKE Facebook Aman Palestin untuk perkembangan terkini. 


#PrayForGAZA
#PrayForPalestine
#SelamatkanGAZA
#DOAuntukGAZA

Tuesday, July 8, 2014

Tips: Aku dan Nuffnang CPUV Campaign

Assalamualaikum readers...

Rasanya tak perlulah aku memberi penjelasan berjela-jela pasal Nuffnang. Semua dah tahu, kalau tak takkanlah kebanyakan belog dok tepek ads nuff. Tak terkecuali la aku kan huhu. Memula berblogging dolu memang agak taksub juga la dengan nuffang ni, kekdahnya boleh menjadikan mokcik jutawan blogger gitu (haaa over sangat kan). Hari-hari dok buka nuff cek earning.. nampak tak betapa mata duitannya $$ diriku ketika itu.





Kejap-kejap tengok blog stats dah berapa unique visitor hari tu, pokoknya memang macam bertunggu tangga la ngan nuffnang menanti bilakah agaknya nak dapat ads kategori CPUV ni. Memula dapat la ads CPC, dengan hasil RM0.25 jek. Tunggu punya tunggu punya tunggu asyik dapat CPC aje. Padalah aku dah gigih ni mempraktikkan segala tips dari blogger-blogger otai camana nak dapat kan CPUV ads. Lama-lama gua dah fed up, gua pun dah busy mengalahkan pak menteri n jarang tulis entri, gua dah tak ambil pusing sangat pasal nuff. Gua sekadar berbelog sekali sekala.

Sehinggalah di satu hari pada bulan Mac tahun ni, tetiba aku rasa nak tengok per cerita la nuff aku ni memandangkan aku rasa pageviews belog aku cecah ribu riban juga la per day (hohoho bajet hot). Buat pertama kalinya ada satu iklan CPUV - LINE Shopping tengah on going. Pergh.. teruja kejap mak.. pes time la katakan... Tapi aku tetap jarang-jarang update belog sebab double busy tahap ekstrem. Habis je kempen LINE Shopping tu, aku dah tak dapat apa-apa kempen lagi. So aku biasa-biasa aja tidak lagi meroyan cam zaman remaja dulu.

Alhamdulillah.. sejak bulan lepas rezeki macam mencurah-curah ke ladang gandum pulak. Untuk Jun aje aku dapat lima kempen. Tiga dah credited dan dua lagi masih ongoing. Semalam dapat satu lagi. Syukur.. Bolehlah tambah pendapatan sikit huehuehuehue.




So.. mana tips nye haha.. Actually, mula-mula kena la ikut saranan dari nuffnang. Pastikan belog anda ada pembaca, update selalu, letak iklan dia kat tempat yang ditetapkan. Lepas tu SABAR.... InsyaAllah ada yang sangkut.. LESSON LEARN dari cerita hari ni pun ialah SABAR, rezeki pasti ada. Jangan jadi tukang klik iklan merata-rata dan tinggalkan komen "saya dah klik, klik me back". Huhu.. Happy blogging.



Senyum selalu.

Monday, July 7, 2014

Resepi: Nasi ayam madu

Assalamualaikum readers...

Hujung minggu yang lepas berjaya melepas gian terhadap nasi ayam (erk.. nasi ayam pun gian ke?) akibat daripada terlebih tengok resepi sampai teringin tahap petala ke lapan belas. Sebelum ni, nasi ayam termasuk dalam kategori masakan yang tak ingin dicoba sebab macam susah je nak buat. Macam renyah je. Tapi bila dah cuba buat sekali, eh macam senang pula huhu. Jom buat beramai-ramai. Resepi ni di google dan di inspirasikan dari blog Potret Kasih


Bahan-bahannya


Tiada dalam gambar ialah kicap manis huhu

  • 4 cawan beras (ikut suka anda nak masak berapa banyak)
  • 1 ekor ayam, asingkan kaki, leher, kepak, tulang untuk sup (patutnya ayam ni potong 4, tapi oleh kerana aku lupa nak cakap kat pakcik kedai, dia dah potong kecik-kecik.. pun bole juga)
  • Kiub ayam + sup bunjut + kayu manis + buah pelaga + bunga lawang + cengkih (untuk sup)
  • 6 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 4 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 4 sudu besar kicap manis
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar madu
  • 2 sudu minyak bijan (aku tak letak sebab tak jumpa huhu)
  • 1 sudu besar mentega
  • Kuli kayu manis
  • Daun pandan (pun tak letak juga)
  • Air secukupnya
  • Garam secukupnya


Acane nak buat

# Mula-mula kita uruskan ayam dulu. Asingkan untuk perap dan untuk sup




# Tumbuk halia + bawang putih + garam. Lumurkan pada ayam. Perap sebentar.



# Sediakan kukusan air. Masukkan kaki, leher, kepak, tulang + kiub + sup bunjut + kayu manis + buah pelaga + bunga lawang + cengkih. 



# Tutup pengukus, bubuh ayam yang dah perap tadi. Kukus sampai ayam hampir-hampir masak.



# Keluarkan ayam yang dah dikukus, lumurkan dengan sos tiram. kicap manis, madu dan minyak bijan. Perap dalam 15-30 minit bagi semua serasi.




Sementara tu, meh kita uruskan tang nasi pula

# Panaskan mentega, tumis bawang merah, halia, bawang putih dan kulit kayu manis. Dah wangi semerbak, masukkan beras yang sudah dicuci. Goreng kejap. Jangan goreng macam nak buat nasik goreng pulak.




# Pindahkan beras ke dalam rice cooker, masukkan air kukusan ayam tadi aka sup mengikut jumlah beras. Ala macam masak nasi biasa cuma guna air kukusan ayam tadi. Masak nasi seperti biasa.



# Air kukusan yang lebih tadi bolehlah dijadikan sup. Tambah perisa sikit supaya lebih umph!


# Jangan lupa, ayam yang diperap tadi bolehlah di bakar atau digoreng dengan minyak penuh. Tak yah lama sangat sebab ayam tadi dah dikukus.



# Ayam yang dah sedia bolehlah dihias dengan salad, tomato dan timun. Kalau tak ada 3 benda itu, tak nasi ayam la pulak kan.




Okey.. Nasi dan ayam sudah ready. Sekarang kita buat sambal lada dan kicapnye.


Untuk sos kicap

  • Sos tiram
  • kicap manis
  • Minyak bijan (saya tak letak)
  • Sedikit sup

# Satukan semua bahan diatas. Elakkan dari terlalu cair. Dah siap.


Untuk sambal lada



  • 8-10 biji cili merah, kalau nak pedas letakkan beberapa biji cili kecik tu
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • 4 sudu besar gula
  • 4 sudu makan cuka
  • 1/2 cawan air masak
  • Sedikit sos ikan (saya tak letak)

# Masukkan kesemua bahan dalan mesin pengisar. Blend sehingga sebati. Dah siap juga.


Inilah hasil akhirnya. Nasi ayam madu sedap meleleh. Memang best. Tak payah masak banyak-banyak lauk. Mudah dan senang bukan. Cubalah. Selamat memasak.





Senyum selalu

Saturday, July 5, 2014

Al-Fatihah: Sharifah Aini

Assalamualaikum readers...

Innalillahi wainnailaihi rajiun.. Al-Fatihah..






Kuala Lumpur: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61, meninggal dunia di Pusat Rawatan Pakar Damansara, Petaling Jaya akibat penyakit fibrosis paru-paru, awal pagi ini. 

Sharifah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 1.26 pagi ini. 

Isnin lalu Sharifah dimasukkan ke ICU selepas mengadu sesak nafas.


Penyanyi yang terkenal dengan lagu Terbang Helang dan Seri Dewi Malam itu dibawa ke hospital untuk menerima rawatan oleh anak lelaki tunggalnya, Omar Ali selepas mengalami masalah penafasan.





Dilahirkan pada 2 Julai 1953, Sharifah Aini memulakan kerjaya nyanyian selepas menjuarai Bintang RTS di Singapura pada tahun 1968, membawakan lagu Tiga Malam.


Jenazah akan dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail untuk penghormatan terakhir sebelum dikebumikan selepas Zuhur.


Sumber: bharian.com


Teringat lagu Nostalgia Raya yang memang meletop di waktu Ramadhan dan Syawal..

Tibanya syawal tanda ingatan
Ku kirim rindu di angin lalu
Kasih yang hilang ku hulur tangan
Di aidil fitri
Di aidil fitri ku pohon restu


Senyum Selalu

Macam comel je...

Assalamualaikum readers...

Sedang membersihkan memori telefon bimbit daripada gambar-gambar tah hapa-hapa yang dah mencecah 7++ keping! Melampau betul. Dok belek-belek pic terjumpa pic yang macam comel je.



Ini anak sedara saye. Namanya Nur Raudhatul Izzah. Umurnya setahun 3 bulan. Gambar ni diambil masa dia berumur setahun bulan Mac lepas. Kekonon nak celebrate birthday beliau. Buatlah makan-makan sikit, walaupun menu makan-makan itu lebih kepada memenuhi selera dan tekak mak sedara dia huehuehue.




Budak ini memang agak drama sikit. Suka menangis tiba-tiba tanpa sebab. Kalau nangis tu kemain sedih lagi, macam kena dera. Air mana berjurai-jurai boleh tadah dalam gelas. Sedih bebenor gamaknya. Kita nak suh dia pose depan kek ambil gambar, dia boleh pulak melalak kesedihan sampai terjuih-juih bibir hah.










Adoiyai.. drama betullah si Raudhatul Izzah ni. Sekarang dah boleh jalan, kehulu kehilir dia menyukat rumah. Hurm.. rindu pulak kat dia haih... Awak ni comel laaahhh..



Senyum selalu

Wednesday, July 2, 2014

When ur wife says "switch seats"

Assalamualaikum readers...

Mula-mula tengok gambar ni puas juga mikir apa ke benda nya.. Tak paham.. Lama juga la baru paham, then barulah dok sengih sorang-sorang.. Duhhh lampi (lambat pikap) juga aku ni kadang-kadang eh.. Hurm.. Kadang-kadang aje.. Huhu





Senyum selalu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) flawless (1) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (3) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) tomato (1) tradisi (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)