Thursday, August 28, 2014

SELFIE: Pecahkan rekod dunia

Assalamualaikum readers,


Anda penggemar selfie?
Penyelfie tegar?
Gila selfie tahap impak maksima?
Hari-hari nak selfie
Kat mana saja mesti selfie
Selfie... Selfie... Selfie....


Daripada korang selfie sesaje, baik datang join kitorang dalam 'Percubaan rasmi memecahkan rekod dunia guinness -  Self portrait (selfie) terbanyak dalam masa 1 jam' atau dalam bahasa omputihnya di sebut 'Most Self-Portrait Photographs (Selfies) Taken in 1 Hour' pheww panjang benor nama rekod nih..




Setakat ini, rekod tertinggi di pegang oleh jenama gula-gula Skittles dan seorang pelakon Canada bernama Melinda Shankar. Rekod tersebut dipecahkan sempena sambutan Hari Canada pada 1 Julai 2014 di Toronto, Ontario, Canada. Melinda telah "berselfie" dengan 421 orang dalam masa 1 jam.

Yayasan Inovasi Malaysia, Sebuah agensi di bawah seliaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi berhasrat untuk memecahkan rekod itu sempena Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 2014 ini.

JOM sertai kami dan berusaha bersama-sama untuk memahatkan nama anda dalam rekod dunia! Wahhhh ohsem tak? Jom la... Jom la... SIJIL Penyertaan dan cenderahati menarik menanti anda.. 

SAVE THE DATE! 31 Ogos 2014 (Ahad) di Perkampungan Sains, Teknologi dan Inovasi. Laman Tuanku Abdul Rahman (Bersebelahan Coliseum Theatre), jam 3.00 - 5.00 petang..




Jangan LUPA. Jumpa di sana dan ber"selfie" la sesuka hati. Kat perkampungan STI ni juga ada banyak aktiviti menarik. Korang nak jadi ala-la CSI, nak jumpa giant angkasawan, nak cerap matahari, nak masuk mini planetarium, nak tengok eksperimen sains, nak jadi pembaca ramalan cuaca, nak jadi ala-ala angkasawan, nak tengok pameran berteknologi... semua ada...  COME N JOIN US! sepanjang minggu merdeka 28 Ogos - 1 September 2014. Jumpa di sana.




Senyum selalu

Friday, August 8, 2014

Resepi: Kek gula hangus

Assalamualaikum readers...

12 Syawal.. Masih dalam mood beraya? Bercadang nak buat rumah terbuka? apa kata masukkan menu ini dalam senarai menu rumah terbuka anda haha. Mudah, senang, ringkas dan yang penting sedap hehe.. Kek gula hangus aka kek sarang semut. Resepi yang best banget ni menggunakana enjin pencari pakcik google dan dari blog Potret Kasih yang meleTOPsss


Meh tengok bahan-bahannya..


1 Cawan gula
1 Cawan air panas
1 Cawan tepung gandum
1 Cawan susu pekat manis
2 sudu teh bikarbonat soda
2 sudu besar mentega
4 biji telur



Acane pulak nak buatnya

Mula-mula masak gula dengan api perlahan sampai hangus. Sebab tu nama dia kek gula hangus hehe. Tapi janganlah sampai hangus melampau-lampau kang rasa dia pahit.


Agak-agak gula dah cair dan hangus dengan warna yang kekuning-kuningan macam ni, masukkan air panas perlahan-lahan. Hati-hati ye, sebab bila air terkena gula ni akan menghasilkan letup-letup kecil hehe.. jangan sampai tercedera pulak.


Kemudian masukkan pula mentega. Cairkan dan gaul sebati. 


Lepas tu sejukkan.


Sementara tu, dalam bekas yang lain pukul telur sehingga kembang dan pekat


Masukkan susu pekat manis. Gaulkan hingga sebati.


Ayakkan tepung sekali dengan bikarbonat soda. Masukkan sikit-sikit. Gaul bagi serasi


Bila adunan dah mesra, campurkan pula dengan air gula tadi.


Sebatikan lagi biar betul-betul jadi macam teman tapi mesra.


Tuang dalam loyang. Biarkan dalam 3-4 jam. Selepas itu, panas kan ketuhar dengan suhu 180 darjah celcius dan bakar dalam 40-50 minit.


Tada.... inilah hasilnya. Lembut dan gebu. yummy sangat! haha puji diri sendiri


Cubalah.. Selamat memasak




Senyum selalu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (2) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)