Friday, August 8, 2014

Resepi: Kek gula hangus

Assalamualaikum readers...

12 Syawal.. Masih dalam mood beraya? Bercadang nak buat rumah terbuka? apa kata masukkan menu ini dalam senarai menu rumah terbuka anda haha. Mudah, senang, ringkas dan yang penting sedap hehe.. Kek gula hangus aka kek sarang semut. Resepi yang best banget ni menggunakana enjin pencari pakcik google dan dari blog Potret Kasih yang meleTOPsss


Meh tengok bahan-bahannya..


1 Cawan gula
1 Cawan air panas
1 Cawan tepung gandum
1 Cawan susu pekat manis
2 sudu teh bikarbonat soda
2 sudu besar mentega
4 biji telur



Acane pulak nak buatnya

Mula-mula masak gula dengan api perlahan sampai hangus. Sebab tu nama dia kek gula hangus hehe. Tapi janganlah sampai hangus melampau-lampau kang rasa dia pahit.


Agak-agak gula dah cair dan hangus dengan warna yang kekuning-kuningan macam ni, masukkan air panas perlahan-lahan. Hati-hati ye, sebab bila air terkena gula ni akan menghasilkan letup-letup kecil hehe.. jangan sampai tercedera pulak.


Kemudian masukkan pula mentega. Cairkan dan gaul sebati. 


Lepas tu sejukkan.


Sementara tu, dalam bekas yang lain pukul telur sehingga kembang dan pekat


Masukkan susu pekat manis. Gaulkan hingga sebati.


Ayakkan tepung sekali dengan bikarbonat soda. Masukkan sikit-sikit. Gaul bagi serasi


Bila adunan dah mesra, campurkan pula dengan air gula tadi.


Sebatikan lagi biar betul-betul jadi macam teman tapi mesra.


Tuang dalam loyang. Biarkan dalam 3-4 jam. Selepas itu, panas kan ketuhar dengan suhu 180 darjah celcius dan bakar dalam 40-50 minit.


Tada.... inilah hasilnya. Lembut dan gebu. yummy sangat! haha puji diri sendiri


Cubalah.. Selamat memasak




Senyum selalu

3 comments:

  1. my febret ni..
    tp x pernah buat sendri...

    ReplyDelete
  2. Wow! Leh try buat nnti...suka makan kuih ni

    ReplyDelete
  3. dah lama tak buat ni (walhal baru sekali jer buat sebelum ni pun hihihi). tapi kan, kita kena cari alternatif untuk susu pekat tu la, sini payah betul nak dapat benda tu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (2) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)