Tuesday, September 30, 2014

Lady Driver Corner: Ekzos ala kereta lumba

Assalamualaikum readers...


Aku pemandu amatur yang memandu kereta wira turun temurun warisan keluarga.. Manual..  hehe. Dulu kereta comel ni adik aku yang bawa. Almaklumlah, budak lelaki dapat kereta, di modified nya kereta wira tu jadi mitsubishi.. ha magic tak..  Ceh! tukar sport rim konon sporty, pasang spoiler dah macam nak jemur kain baju kat situ, letak skirting, tukar ekzos yang menderum-derum, steering buh yang cop mitsubihi sebijik.

Bila aku yang amatur ni bawa kete tu macam tak match je dengan cara pemanduan aku yang sangat berhemah. Bunyi sebatu dah dengar... vrooooooooooooooommmmmm....... vroooooooooooooommmmm.........  keretanya tak muncul-muncul.. Sekali lalu 60km/j JE!... hahaha.. orang dok pandang semacam. Almaklumlah kalau dengar deruman tu macam kereta lumba, alih-alih yang datangnya kura-kura comel hukhuk..

Adeh.... Sabo je lah.. Biar bunyi ala-ala kat litar F1, yang penting muka konfiden macam tak de perasaan. Duduk lorong paling kiri, Feeling bersiar-siar di tepian pantai sambil mendengar lagu happy.. Ko hado.. ngeheheh



Nota kaki: Sampai sekarang aku tak leh nak hadam.. Kalau pakai ekzos cenggitu boleh menambah kelajuan kereta ke? sebab aku bawa tak laju laju pun haha.. kekure jek!


Senyum selalu


Wednesday, September 24, 2014

Rabu tanpa kata

Assalamualaikum readers...




Senyum selalu

Friday, September 19, 2014

Lipas oh lipas

Assalamualaikum readers..

Mari kita mengikuti rancangan Discovery channel eh.. ke Animal Planet.. ah belasah ajelah. Lipas ialah sejenis binatang yang dikategorikan sebagai fear factor kepada ramai orang. Jangan kan perempuan, lelaki juga ramai yang melakukan tindakan reflek melompat bintang jika terserempak dengan makhluk rare ni. Boleh dikatakan, sang lipas ada di kebanyakan rumah. Beliau sangat suka bersembunyi di belakang almari, di kabinet dapur, di dalam almari, di celah baju, di dalam kotak, di bawah katil dan dimana-mana saja.





Boleh dikatakan agak mustahil juga untuk menghapuskan cik lipas 100% kerana cik lipas sangat hebat menyembunyikan diri. Walaupun kita dah tabur racun lipas seluruh pelosok rumah, dah sembur ridset ke merata ceruk dan celahan yang tak dapat dicapai. Mungkin kita rasa, rumah dah selamat dari ancaman cik lipas, tapi dengan tak semena-mena ketika mengambil kotak dari atas almari, cik lipas berlari-lari menyusur tangan kita dan masuk ke dalam baju. AAAAAAAAAaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh tidaakkkkkkkkkkkkkkkkk. NGERI bukan.

Entri ini bukanlah bertujuan untuk memberikan anda tips me nyahkan lipas dari rumah hehe, tatapi lebih kepada tips menyelamatkan tidur anda dari di ganggu oleh cik lipas. Pernahkah semasa korang tidur tiba-tiba cik lipas merayau-rayau di kaki korang? lebih sadis lagi bila cik lipas yang tak reti bahasa tu membuat lawatan sambil belajar pulak kat dalam baju..erk.. geli geleman rasanya bukan. Nak membayangkan pun tak sanggup.

Bagi mengelakkan tidur anda terganggu, elakkan dari tidur didalam keadaan gelap gelita. Lebih elok kalau pasang lampu tidur yang comel dan cahayanya malap-malap romantik. Biasanya lipas tidak akan mendekati tempat yang bercahaya. Tak gitu pakar-pakar lipas sekalian. Aku dah pernah buat eksperimen ini, jadi sila percaya hehe.. Lampu tidur juga boleh mengelakkan mimpi ngeri ternampak hantu didalam gelap hukhuk dasar penakut cik penulis ni..


Lampu tidur ku yang kiut miut..


Itu je la nak bagi tau, apa kena mengena tah dengan kehidupan korang aku pun tak tahu.. saje nak membebel je petang-petang ni. K baiii. 



Senyum Selalu


Monday, September 8, 2014

I'm sick!

Assalamualaikum readers...



I'm sick. Apa nak buat?





1) SLEEP ✔️
2) SOUP ✔️
3) WATER ✔️
4) FLUFFY BLANKET ✔️
5) TISSUES ✔️
6) AVOID INFECTING OTHERS! ✔️



Diserang selesema + demam + batuk + sakit kepala. Bagi mengelakkan perkara (6), hari ini ambe dengan rasminya mengisytiharkan perintah berkurung untuk diri sendiri. Doakan ambe cepat sembuh ye.. 



Senyum selalu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (2) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)