Friday, October 24, 2014

Salam Maal Hijrah 1436

Assalamualaikum wbt...

Selamat menyambut tahun 1436H. Maafkan diriku seandainya selama berbelog ini, tulisan dan komen-komen ku pernah mengguris rasa anda.. anda.. anda semua..

Maaf juga (in advanced) sekiranya di masa-masa akan datang, diriku mengguris rasa anda.. anda.. anda semua.




Doakan agar diriku menjadi lebih lebih lebih baik lagi di tahun-tahun yang mendatang dan diriku juga sentiasa mendoakan anda.. anda.. anda dan kita semua akan sentiasa berhijrah kepada kebaikan.

Salam MAAL HIJRAH!



Senyum selalu

Thursday, October 23, 2014

Review: Annabelle

Assalamualaikum para pembaca yang budiman..


muka penuh keterujaan

Memang berbelah-belah perasaan masa nak tengok cerita ni. Terasa macam seram sangat. Siap janji ngan housemate, seminggu kena tidur luar sesama. Lampu kena hidup, tak mo tidur gelap-gelap.. suram-suram pun tak mo.

Mental pun dah set untuk ketegangan dan ketakutan tahap tak hengat. Dah praktis camana nak jerit secara berhemah dalam panggung, popcorn dah makan siap2 bagi mengelakkan taburan hujan popcorn bila terkejut..




Cerita bermula.. 5 minit.... 10 minit.... 20 minit.... 40 minit... Dah mula bosan + ngantok.... 60 minit... 90 minit.... Cerita tamat... Erk.... 


Duh... Annabelle tak seseram yang di beritakan, biasa je, terkejut sikit-sikit adalah juga, tapi tak sampai menjerit... Bab suspen dia pun macam tak konsisten..  Takut lagi citer David Teoh hukhukhuk.. Cuma tengok muka patung macam seram juga la.. Balik umah, sume tidur bilik masing-masing.. macam tak de pape.. 




Oke serius.. dengan ini aku tidak mengesyorkan anda menonton cerita ini. Selain daripada tidak seram ianya juga bosan dan tak best. Tak mengujakan... Aku bagi 1 bintang aje huhu. Tu pun untuk muka patung yang seram itu dan membuatkan aku tidur dengan lampu terpasang sebab terbayang muka dia hehe.. 




Senyum selalu

Tuesday, October 21, 2014

Inovasi gaya hidup anda - NICE2014

Assalamualaikum para pembaca yang budiman...


"Innovation is not the result of chance, it's the result of action. It's NOT a thing to wait for. Its a thing TO DO" - Phil McKinney


Adakah anda seorang:
Pemikir?
Pencipta?
Pereka?
Peniaga?
Pekerja?
Pelajar?
Penganggur?


Walau siapapun korang yang pastinya korang adalah pengguna ye dok. Oleh kerana itu korang semua dijemput datang ke:



Persidangan dan Pameran Inovasi Kebangsaan atau dalam bahasa omputihnya National Innovation Conference and Exhibition (NICE) 2014


Anjuran siapa:
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)


Kat Mana?
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)


Bila?
31 Oktober - 2 November 2014


Kol bape?
9.00 pagi hingga 5.00 petang


Tema:
Teknologi memperkasa inovasi | Technology empowers innovation


Apa benda yang ada kat sana:
PERSIDANGAN - Kat sini korang boleh jumpa orang-orang hebat, tokoh-tokoh ternama dalam bidang masing-masing yang akan berkongsi pengalaman dan kisah kejayaan dorang. Rugi doh kalau tak datang.


Antara tokoh-tokoh terkenal yang akan memberikan inspirasi kepada peserta


PAMERAN - Macam-macam ada, nak tau teknologi terbaru, ciptaan terkini, ilmu sains, R&D... semua ada

PADANAN PERNIAGAAN - Ni untuk usahawan-usahawan yang nak kembangkan perniagaan, bolehla mai sini usha line

JUALAN PRODUK R&D - Nak shopping pon bole


Lagi...
Kalau korang ada produk atau idea yang inovatif tapi macam tak de arah nak tuju atau tak de modal nak kembangkan, kat sini juga Klinik Dana MOSTI. Korang boleh dapatkan khidmat nasihat yang benar dan lurus tentang kekdah nak mohon Dana yang disediakan oleh pihak MOSTI. 


Acane tu?
haa... kena lah datang NICE2014.


Bayaran
Tiada bayaran dikenakan. Semuanya PERCUMA! cuma perlu datang dan manfaatkan semua yang dah di beri. Kalau nak jadi peserta persidangan boleh daftar awal kat sini 


Nak tahu lebih lagi
Boleh klik kat portal MOSTI di www.mosti.gov.my/nice2014


Media sosial pon ade
Facebook: 1mosti
Twitter: @mymosti
Instagram: @mymosti


Hashtag:
#NICEMOSTI2014
#MCY2014
#MOSTI

Jom ramai-ramai, ajak kaum keluarga, jiran tetangga, sahabat handai datang kat NICE2014, sama-sama tambah ilmu, tambah nilai, tambah hasil

Bak kata uncle Steve Jobs - Innovation Distinguishes Between a Leader & a Follower 
Jadilah pemimpin, bulan pengikut. Terokai dunia sains, teknologi dan inovasi di NICE2014. Tandakan besar-besar kat kalendar korang 31 Oktober - 2 November 2014 | PWTC

Jumpa di sana!!!!



Senyum selalu

Friday, October 17, 2014

Review: The Unsung Hero - Melur Jelita


Assalamualaikum para pembaca yang budiman..

Selepas Awak Suka Saya Tak?, I Love You, Stupid dan My Precious Iris.. Melur Jelita muncul dengan karya terbarunya The Unsung Hero yang seperti biasa tidak mengecewakan. Santai bahasanya, jalan cerita, pembawakan watak, gambaran suasana memang terbaik. 




Dah lama jadi pembaca novel tegar, aku mula agak memilih novel yang nak di baca. Kalau takat cerita-cerita klise, ayat-ayat cinta tah apa2, penulis umur 19 tahun baru lepas SPM tapi tulis novel macam dah hidup 40 tahun memang aku tak boleh blah. Not my taste.


Novel: The Unsung Hero 
Penulis: Melur Jelita
Bilangan m/s: 1156
Penerbit: Karya Seni
Harga pasaran: RM38.00
Sinopsis di belakang buku:


Review:
The Unsung Hero | Wira yang tidak didendang... Bukan sekadar novel leleh dan jiwa-jiwa. Ia sarat dengan kisah kehidupan, kekeluargaan yang erat, kasih sayang, redha... Kisah insan-insan kental yang bersemangat waja, Wira yang tidak disedari kewujudannya, menjaga keamanan tanpa mengharapkan kemasyuran..VAT 69.. Wira yang tidak di dendang..





Romantik? Of kos la.. Dengan caranya yang tersendiri.. Lentok juga la si tukang baca ni, sengih juga sorang-sorang, sweet tanpa melebih-lebih.

Ilmu? Sarat! Penuh.. Bumble bee, kesantunan wanita melayu, ilmu you tube, resepi turun temurun.. Yang baca ni boleh kecur liur di buatnya.. 

Kekeluargaan? Sangat menyentuh hati.. Hargailah selagi ianya ada dan nyata. Bila  pergi, ia tak kan kembali lagi.

Kebergantungan kepada yang Maha Esa.. Kunci kepada kebahagian.. Mendepani saat-saat sukar, membuatkan kita lebih mengerti.. Dia.. Sentiasa bersama.. 

Suka duka kehidupan, gembira, ketawa, tangis, sakit, perit, sendiri, sepi, bingit.. bergabung menjadi satu, rencah kehidupan.



Irvan akan Hero aka Deraman aka the Chosen one 
Pejuang hebat yang tidak mengimpikan pujian dan kepopularan. Dalam senyap dialah pembunuh paling bahaya, hadirnya tak dapat dikesan, perginya meninggalkan kesan tragis yang tak terlupakan.  "legend dalam debu aje, dunia tak perlu tahu pasal kita"
Pencinta yang sentiasa menginginkan 'masa depannya' gembira walau hatinya sendiri terhiris luka.

Maryam si angsa hitam aka blackswan, bicaranya santun walau kadang pedas menusuk, dalam menikan jantung.. zaaassss..  tingkahnya dihiasi adap sopan gadis melayu terakhir... 

Haziq gojes kepoh.com, hadirnya mewarnai kehidupan, sentiada ada di sisi menghilangkan rawan dan menghapus si air mata.

Riyaz sang putera berkuda, yang berani melepasi sekatan bak dan bunda. Penuh gaya memikat hati si puteri dengan kata-kata manis bak madu lebah.

Bak.. Jeneral garang teramat.. namun dalam garangnya ada kasih yang menyerap ke seluruh jiwa.

Bunda.. Dalam tegasmu ada jiwa halus seorang wanita.


Pergh... ini review ke preview haha... Para penggemar novel sangat di syorkan membawa 'The Unsung Hero'. Walaupun tebal dan berat tapi puas hati. 5 bintang untuk Melur Jelita. Next novel pleaseeeee......................




Senyum selalu

Friday, October 10, 2014

Resepi: Ikan siakap tiga rasa

Assalamualaikum readers...

Whoa... di kedinginan cuaca pejabat bawah paras beku (oke drama), anak tekak ni dok teringat pulak Ikan Siakap Tiga Rasa yang buat beberapa bulan (bulan?) sudah. Macam teringin pulak. Dah beberapa kali juga masak tiga rasa ni, tapi yang last sekali ni paling serasi di anak tekak. Hasil kerajinan jari jemari meng 'google' dan mencari-cari resepi yang ohsem akhirnya sangkut di belog Azie Kitchen, pandai-pandailah tambah-tambah ikut selera huhu. Tq Azie Kitchen kerana resepi yang sangat menepati citarasaku ini. Tepek resepi dulu la. 


Belek bahan-bahan dulu

Ikan Siakap atau apa sahaja ikan yang korang suka. Lumurkan dengan sedikit garam dan kunyit, kemudian salutkan dia dengan tepung jagung
Mangkuk Besar: Sayur-sayuran (Lobak + baby corn), mula-mula nak buh sayur campur je, tapi kedai runcit tak de jual pulak, jadinya potong sendiri

Mangkuk kecil: Bahan yang dicincang halus
- Bawang merah (5 ulas)
- Bawang putih (3 ulas)
- Halia muda (3 cm)
- Cili merah (2 biji) tapi saya tak letak sebab terlupa beli :=

Pinggan kecil: Bahan di hiris halus (eh bukan sama je ke cincang ngan hiris???
- Bunga kantan (setengah kuntum)
- Daun limau purut (2 helai)
- Cili padi (ikut suka nak pedas mana)

Bahan Sos
Bekas besar tu Cili kisar (2 sudu besar)
Dalam mangkuk sebelah tu campurkan dan gaul mesra semua bahan dibawah:
- Sos cili (2 sudu besar)
- Sos tomato (1 sudu besar)
- Sos plum (2 sudu besar) tak letak juga :=
- Gula pasir (2 sudu besar)
- Jus limau nipis (1 sudu besar)
-  Kicap manis (1 sudu besar)


Jom mula masak

Goreng ikan sampai garing. Kalau aku memang sangat suka bagi segaring mungkin, tapi jangan sampai hangus pula

Tumiskan bahan-bahan cincang sampai wangi

Masukkan sayur-sayuran

Masukkan cili kisar sampai naik minyak.. kemudian buh bahan-bahan sos yang sudah disatukan tadi

Akhir sekali masukkan bunga kantan, daun limau purut dan cili padi. Resepi sebelum ni tak pernah jumpa yang guna daun kantan + limau purut.. tapi letak 2 bahan ni rasa dia memang meletopsss

Tambah 100 ml air atau sesuka hati korang. Masak sampai kuah agak pekat


Tuang kuah atas ikan. Hidang panas-panas, memang yummy.. enak hingga menjilat jari jemari.. slrup..

Ikan siakap dah beranak ikan lain huhu.. ikan apa tah nama dia.. aku ni bab nama-nama ikan memang gagal. Ikan siakap ni pun jenuh menggoogle haha..

Selamat menjamu selera u ols.. cubalah..



Senyum selalu

Wednesday, October 1, 2014

Review: The Maze Runner

Asalamualaikum readers...

Rasanya dah lama tak review filem kan. Mesti korang ternanti-nanti ulasan hebat lagi bernas dari pengkritik pelem terhangat di pasaran ini.. Uhuk.. Sendiri rasa nak muntah hijau ngehngeh.

Hujung minggu yang lalu sempat juga la membawa diri ke GSC Alamanda demi memenuhi perasaan yang memberontak dan melonjak-lonjak nak tengok skrin besar.. drama sangat kan.. Filem bertuah yang terpilih ialah jeng jeng jeng THE MAZE RUNNER.. Citer sains fiksyen yang diadaptasi dari novel tulisan James Dashner



Alkisahnya seorang yang hilang ingatan (Thomas) tiba-tiba tersedar dirinya dalam sebuah lif yang bergerak naik dengan kelajuan cahaya dan akhirnya berhenti di suatu tempat yang pelik. Di kelilingi tembok tinggi dan orang-orang pelik (Glader) yang panggil dia new glade (budak baru).




Selepas di brief oleh bebudak kat situ, taulah beliau bahawa beliau telah 'dihantar' di satu kawasan yang di kelilingi dengan pagar sesat (maze). Untuk keluar dari tempat tu, dorang ada lantik beberapa orang runner yang diketuai oleh Minho masuk ke pagar sesat setiap hari dan keluar sebelum malam tiba untuk petakan jalan-jalan dan mencari jalan keluar. Malangnya selepas tiga tahun mencuba, jalan keluar masih belum ditemui. 




Pagar sesat tu pulak bukan sekadar pagar biasa, kat dalam tu ada menatang di gelar 'griever' yang kojenye me'nyengat' runner-runner nih bila malam menjelang, sebab tu dorang kena keluar dari pagar sesat tu sebelum malam. Pagar sesat ni pulak akan sentiasa berubah setiap hari, lagilah stress runner2 tu nak petakan dia. 



Bagi aku cerita ni oke.. best.. tapi tipikal cerita omputih la kan, dorang selalu berimaginasi terlebih-lebih.. huha.. akhir cerita dia mesti ada macam tanda-tanda nak buat part two, almaklumlah ni kan novel trologi mestilah ada part two, part three blablabla. Tapi yang penting, pada aku hero sebenar cite ni bukan di Thomas, tapi MinHo. Haaa kenapa? kena tengok sendiri. Dorang dapat keluar ke tidak? sape yang hantar dorang gi situ? Sape Alby, MinHo, Newt, Gally, Chuck...




Aku bagi 4 bintang.. boleh.. hehe.. Selamat menonton.



Senyum selalu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) flawless (1) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (3) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) tomato (1) tradisi (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)