Assalamualaikum para pembaca yang budiman..
![]() |
muka penuh keterujaan |
Memang berbelah-belah perasaan masa nak tengok cerita ni. Terasa macam seram sangat. Siap janji ngan housemate, seminggu kena tidur luar sesama. Lampu kena hidup, tak mo tidur gelap-gelap.. suram-suram pun tak mo.
Mental pun dah set untuk ketegangan dan ketakutan tahap tak hengat. Dah praktis camana nak jerit secara berhemah dalam panggung, popcorn dah makan siap2 bagi mengelakkan taburan hujan popcorn bila terkejut..

Cerita bermula.. 5 minit.... 10 minit.... 20 minit.... 40 minit... Dah mula bosan + ngantok.... 60 minit... 90 minit.... Cerita tamat... Erk....
Duh... Annabelle tak seseram yang di beritakan, biasa je, terkejut sikit-sikit adalah juga, tapi tak sampai menjerit... Bab suspen dia pun macam tak konsisten.. Takut lagi citer David Teoh hukhukhuk.. Cuma tengok muka patung macam seram juga la.. Balik umah, sume tidur bilik masing-masing.. macam tak de pape..
Oke serius.. dengan ini aku tidak mengesyorkan anda menonton cerita ini. Selain daripada tidak seram ianya juga bosan dan tak best. Tak mengujakan... Aku bagi 1 bintang aje huhu. Tu pun untuk muka patung yang seram itu dan membuatkan aku tidur dengan lampu terpasang sebab terbayang muka dia hehe..
Senyum selalu

Rami yg membandingkan dgn The Conjuring tapi anak kakak tetap sibuk nak menonton Annabelle ini.
ReplyDeletetak yah la gi tengok kak.. tek best pun hehe.. tapi kalau nak tgk seram ala-ala je, boleh la :P
DeleteHAHAHAHA... saya pun baru buat review Anabelle. g baca sana review saya pulak.. haha
ReplyDeletehaks.. memang tak seram pun kan.. suam-suam kuku jek..
Deleteramai jgk yg cakap citer nih kureng..tak takut pn..sedey lah.
ReplyDelete