Thursday, December 3, 2015

Fesyen Casual Wanita Hamil.. ohlala..

Assalamualaikum..

Suka nau tengok kengkawan yang tengah mengandung tu pakai baju mengandung. Macam comel bebeno, kiut miut, gojes! Tapi berbeza dengan wanita lain, wanita mengandung memerlukan koleksi pakaian yang benar-benar selesa dan diperbuat daripada fabrik yang tidak panas. Mana-mana wanita yang mempunyai pengalaman mengandung, mesti korang dah cukup arif dengan simptom-simptom yang kadang kala membuatkan anda berasa kurang selesa. Biasanya, jenis-jenis pakaian seperti berikut haruslah dielakkan;


1. Pakaian yang terlalu terdedah.
2. Pakaian yang diperbuat daripada fabrik terlalu tebal dan tidak menyerap peluh misalnya kulit. 
3. Pakaian yang terlalu ketat.
4. Pakaian yang berwarna terlalu terang.



Bila mengandung ni kena la bergaya juga ye dok? takkan la memanjang nak pakai baju kurung atau gaun mengandung aje. Sesekali bila bersantai nak juga bergaya kasual. Antara pakaian casual wanita mengandung yang sesuai dipakai perlu mempunyai ciri-ciri seperti berikut;


Anda masih boleh mengenakan jeans sebagai pakaian kasual di hujung minggu, namun pastikan anda memakai maternal jeans yang mempunyai rekaan getah pada bahagian pinggang. Penggunaan getah tersebut memastikan bahagian perut anda berada dalam keadaan selesa. 
 



Yang kedua, pakai pakaian yang tidak memberi sebarang tekanan pada bahagian perut dan pinggang anda. Contoh pakaian yang paling sesuai adalah maxi dress.
 



Pemakaian t-shirt mungkin sudah kurang sesuai apabila berbadan dua. Oleh itu, koleksi blouse yang loose atau flowy blouse adalah lebih sesuai dan sepadan dipakai. 




Dan yang terakhir, jika anda ingin memakai pakaian yang agak senteng, pastikan untuk memakai panty hose atau sarung kaki yang cukup panjang untuk menutupi bahagian kaki yang terdedah.





Whoa! Mesti ibu-ibu gojes dah terbayang-bayang difikiran gaya kasual yang awesome untuk digayakan. Tak ada masa nak pegi membeli belah bukan alasan ye. Buka sahaja tab, telefon pintar atau PC anda.  Ada beratus-ratus fesyen pakaian yang boleh membuatkan anda tak senang duduk, nak yang besar, yang kecik, yang warna-warni, yang satu warna, yang berjenama, yang mampu milik... semua ada. Yang bestnya takkan ada jurujual yang mengekori anda hahaha.  Mari mencuci mata di Zalora, gedung membeli belah terkemuka anda. Klik klik klik klik.. dah siap..



Senyum Selalu.





Friday, November 27, 2015

Selesai sudah!

Assalamualaikum...

Diam tak diam, rupanya dah berbulan-bulan jugak tak menulis kat belog ni. Dari musim panas, musim suam-suam kuku membawa ke musim jerebu, sekarang dah masuk musim hujan apa pun tak dok huhu.

Sibuk? ermm... entah la.. orang kate masa tu kan selalu ada, ini kes gagal pengurusan masa la ni haha.. saiya tidak bersalah (sambil membuat muka suci, macam lah korang kesah dengan belog aku ni kan kikiki)

Dua minggu bekerja yang agak huru hara:

11 November, naik belon fly ke Sabah..
12 November, main kejar-kejar: pagi ke PSN Festival Sains di 1Borneo; Malam larik ke Majlis Temu Mesra bersama media Sabah di Shangri La's Resort.
13 November, fly balik ke KL amik kereta terus ke Terengganu melalui Kuala Pilah akibat Tanah Runtuh di Karak.
14, 15 November, berkampung di Pusat DaganganTerengganu sempena Karnival Kreativiti, Inovasi dan Science4U Zon Timur.
16 Bertolak balik ke Putrajaya, mujur LPT dah buka.
17, 18, 19 November, MMCE 2015 di Dewan Tun Razak, PWTC
20, 21, 22 November, Persediaan Media Nite Award Challenge 
23 November, Media Nite Award Challenge @Pacific Ballroom 
24 November, saya perlukan SPA haha..

2 minggu yang hangat!


Mujur ada Pamoga.. eh.. mujur ada team yang awesome.. apa pun jadi sentiasa bersama.. masam.. manis.. pedas.. pahit sama merasa.. langgar belaka.. saling menyokong... 

Senyum.. ketawa.. puas hati.. gembira... Apa yang penting.... kerjasama.. Stay Cool Guys.. 




Senyum selalu

Wednesday, July 1, 2015

Resepi: Nasi Tomato senangnyeee...

Assalamualaikum....

Bulan Ramadan ni memang bulan rajin nak masak, sebab bila beli kat Pasar rasanya tak seindah rupanya. Buat mengurangkan pahala puasa pulak bila beli, makan tak habis di tambah pulak dengan mulut potpetpotpet mengata orang yang jual tu hukhuk. Senang cerita masak sendiri.. kalau tak sedap pun diam-diam sudah sebab sendiri masak kikikiki. Tapi yang ni di jamin sedap.. terlajak menambah.. sungguh enak dimakan begitu saja... (oke pujian-pujian kepada diri sendiri sebab sape lagi nak puji ye dok :)

Sumber resepi: campur-campur dari pelbagai blog hasil kerahan pakcik google..


Bahan-bahannya

5 Cawan beras - saya guna beras Basmathi
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
2 sudu besar minyak sapi - nak guna marjerin pon boleh
Sedikit minyak masak
Garam sesedap rasa
Air (ikut sukatan beras)
Daun pandan - saya tak letak

3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis


Jom masak!
  
Campur dan panaskan minyak sapi + minyak masak  (kalau nak senang gunakan terus periuk nasi yang nak pakai nanti)


Tumis bawang putih, bawang merah, halia dan rempah empat sekawan sampai naik bau wangi dan kekuningan


Masukkan susu cair + tomato + sos tomato + garam. Gaul rata.



Tambah air dan biarkan mendidih



 
Masukkan beras dan daun pandan. Kacau-kacau sikit, lepas tu bolehlah angkat terus masuk dalam periuk letrik itu. Biarkan masak macam biasa.





Sementara nak masak tu, jenguk-jenguklah bila  agak-agak air dah nak kering. Kacau rata, atas ke bawah, pusing.... supaya nasi tu cantik je nanti.Tapi jangan ganas sangat bila dok kacau tu, kang hancur pula nasi kite.



Selesai dan siap untuk di makan.




Sedap dihidangkan bersama ayam masak merah, jelatah, dalca atau dimakan begitu saja pun meletop rasanya huhu.. Untuk resepi ayam masak merah, kena tunggu entri yang seterusnya... adiosss... Selamat mencuba!


Senyum Selalu

Monday, June 29, 2015

Resepi: Puding Milo-Oreo Kasih Sayang

Assalamualaikum...

Setelah lama menghilang, hari ini chef NR kembali dengan resepi vavavoom sempena bulan Ramadan ni.. Oke ke tidak intro chef hari ni.. kekeke..  Menu hari ini kita kategorikan sebagai desert aka pencuci mulut. Nak buat senang je tapi memerlukan sedikit kesabaran di situ, kalau tak sabar pun, jadi juga, tapi agak kelabu asap la ropenye hehe.

Mari kita mulakan dengan bahan-bahannya yang senang dan boleh didapati dengan mudah di mana-mana kedai runcit.



1 bungkus serbuk agar-agar 10g
Biskut Oreo atau Cream O - secukupnya
 10tbs gula (kalau nak manis boleh tambah lagi)
 3/4 cawan milo
1 tin susu cair
750ml air


Semua bahan dah sedia, bolehlah kita mula masak puding ni. Begini kekdahnya ye..



1. Larutkan serbuk agar-agar dalam air
2. Masukkan gula, kacau sampai gula sebati bersama air
3. Masukkan susu cair
4. Sebatikan dan kacau sehingga mendidih


Bila dah mendidih, asingkan dua cawan sebatian tadi ke periuk lain, kemudian campurkan milo ke dalam dua cawan acuan yang diasingkan tadi dan kacau sehingga sebati



1. Bila dah sebati, ambik secawan campuran milo tadi dan tuangkan ke dalam acuan.
**Campuran milo yang separuh lagi, hendaklah sentiasa di pantau.. sesekali pi bancuh atau panaskan di bawah api paling kecil supaya dia tak membeku.. kang jadi agak-agar milo pulak dalam periuk. Adunan putih hak tadi tu pun sama, sesekali kacau dia supaya tak beku**

2. Bila permukaan milo dalam acuan tadi dah agak-agak keras, tuangkan kesemua adunan putih tadi di atasnya. 
**Pastikan permukaan hak milo tadi dah keras, kalau tak memang bercampur la putih dan coklat dan menjadi kelabu asap**

3. Patah-patahkan biskut (tak nak patahkan pun boleh) ke atas adunan putih tadi kemudian biarkan ia mengeras.

4. Bila dah agak-agak keras sedikit boleh tuang baki acuan milo tadi.. biarkan dia mengeras dalam suhu bilik.



Taraa.. dah siap.. sementara menunggu waktu berbuka bolehlah sejukkan dalam peti sejuk. Barulah bila makan nanti seolah-olah menikmati puding sambil di tiup angin siberia.. pergh.. walla



Beginilah rupa keratan rentas Puding Milo-Oreo kasih sayang yang dah sedia untuk di ngap.. Selamat berbuka puasa dan selamat mencuba..




Senyum selalu

Wednesday, June 17, 2015

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan

Assalamualaikum...

Tak terasa cepatnya waktu berlalu.. Terasa semakin jauh meninggalkan jejak-jejak yang tak mungkin akan kembali. Putaran masa membawa Ramadan sekali lagi menjenguk kita. Ahlan Wasahlan YA Ramadan. Selamat datang Ramadan. Welcome Ramadan 1436H.

Segala yang baik, yang indah, yang besar ganjarannya, yang menyamankan, yang menggembirakan, yang mendamaikan... ada dalam Ramadan.. tapi kenapa, semuanya hilang tanpa bekas bila Ramadan berlalu. Allahuakbar.. Semoga segala yang baik di Ramadan kali ini akan berterusan dan kekal selamanya.. amin...


Nota Kaki: Puasa belum pun mula, dalam kepala dah fikir esok nak berbuka ape huhu... Selamat menjalani ibadah puasa semua...


Senyum Selalu

Friday, June 12, 2015

Berita kepada kawan

Assalamualaikum..

- Bertenanglah menghadapi ujian, kerana ujian itu pasti akan ada jawapan, setelah mana kesukaran yang kita lalui dalam kehidupan, masa akan memberi jawapan -

....Semoga kita semua terus tabah, sabar dan redha....

#PrayForMalaysia
#PrayForSabah
#PrayForPantaiTimur





 
BERITA KEPADA KAWAN - EBIET G. ADE

Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayang, engkau tak duduk di sampingku kawan
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering berbatuan

Tubuh ku terguncang di hempas batu jalanan
Hati tergetar menampak kering rerumputan
Perjalan ini pun seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih

Kawan coba dengar apa jawabnya
Ketika ia ku tanya "Mengapa?"
Bapak ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut ku khabarkan semuanya
Kepada karang, kepada ombak, kepada matahari
Tetapi semua diam, tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit

Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang



Senyum Selalu

Tuesday, May 5, 2015

Ada apa dengan Taman Saujana Hijau

Assalamualaikum...


Pagi-pagi hari di hujung minggu, biasanya korang buat apa? tidur zzzzzz sampai ke tengahari, bangun-bangun jek perut terasa lapar, mandi pi carik makanan. Zap zap dah pukul 2.00 petang. Pergh.. setengah hari dalam hidup habis macam tu aje.. Apa kata bangun pagi-pagi, lepas subuh kita gi jalan-jalan hirup udara pagi yang segar lagi mendamaikan. Sambil-sambil tu boleh keluarkan peluh sikit. 
 



Ni salah satu lokasi kegemaran kitorang. Taman Saujana Hijau kat presint 11 Putrajaya. Datang awal pagi waktu matahari tak naik lagi. Baru heaven tengok sun rise. Rasa macam bersinar hidup hehe.

Kalau nak mudah, kita ikut je trek yang dia dah sediakan, sambil-sambil tu kalau rasa nak panjat bukit atas lagi boleh la keluar sikit dari trek.

Race Start!: 0.00M


Matahari terbit... cantik!


Jalan sikit, amik gambo, jalan sikit amik gambo... tang mana nak keluar poluh kalau gini..

Pergh.. boleh tahan lencun juga nak sampai ke hujung.. 2750M je, tapi jalannya berbukit bukau..

Yeay.. dah sampai.. jom pi makan sik lemak! erk!


Tak habis lagi meneroka taman-taman sekitar Putrajaya ni, yang selalu pegi Taman Botani ngan Taman Saujana Hijau ni la. Jom jalan-jalan, segarkan kepala minda. Sekian entri di petang hari, dikala sudah lama tidak bersiaran. Sekian juga kenyataan bajet popular dari saye.. kehkeh.. selamat mengundi...



Senyum Selalu

Thursday, March 26, 2015

Me @LIMA'15

Assalamualaikum w.b.t...



Lama menghilang...
Ke mana agaknya...
Masih di sini huhu...


10 hari berkampung di Langkawi sempena LIMA '15. 10 hari berjemur tengah panas.. 10 hari yang mengujakan.. 10 hari yang menggelapkan den huhu.. Nak cerita panjang pun macam malas.. kita layan gambar je la ye.. biarkan gambar berbicara hehe..



Pas petugas untuk keluar masuk sesuka hati

Pertunjukan udara sempena perasmian LIMA'15


Gimik perasmian.. terasa macam kena bom pulak.. macam ni kot rasanya bila bom di jatuhkan dari udara... moga Malaysia terus aman


Hari pertama... dorang tak letak barrier lagi.. jadi boleh datang dekat dengan heli, jet fighter, kapal terbang..

Cuaca sangat panas.. lepas jalan-jalan cari pilot :p.. pekena Air Batu Campoq dulu... baru heaven


17, 18 dan 19 Mac hanya di buka untuk Trade Visitor sahaja. Jadi kurang sikit sesak nya.. Sambil-sambil jaga booth, masa ni lah boleh tengok pameran, air show dan segala macam dengan aman tenteram. 20 dan 21 Mac dah buka pada public. Memang nak jalan pun asyik terlanggar orang je.


YAB PM sempat singgah di booth MOSTI
 
YAB Tun Dr Mahathir Mohamad juga meluangkan masa dan memberikan kata-kata inspirasi mengenai bidang Angkasa di Malaysia.


Raja Muda Perlis turut berkunjung dan mendengar penerangan mengenai MOSTI

Dream are possible. Kami bawakan Teh Tarik Session dengan penampilan khas Angkasawan Negara yang berkongsi pengalaman mengenai kehidupan di Angkasa.


SEA TO SPACE: Exploring Possibilities, Generating Opportunities. Pameran MOSTI di LIMA'15


Petugas-petugas MOSTI di LIMA'15.


Pengalaman di LIMA'15 memang terbaik dan mungkin sekali seumur hidup. Segalanya mengenai Maritime dan Aerospace.. dari serata dunia.. dan di sini juga aku tahu, Malaysia tidak kurang hebatnya.. Kita juga setanding dengan mereka.. InsyaAllah kalau ada peluang akan berjumpa lagi di LIMA 2017. Sampai jumpa lagi.


Every Experience, Good or Bad, is a Priceless Collector's Items - Isaac Marion

Life is  a journey with problems to solve, lessons to learn, but most of all, experience to enjoy. 



Senyum Selalu

Thursday, March 5, 2015

Anugerah Inovasi Negara 2015 (AIN)

Assalamualaikum...

Pernah dengar pasal Anugerah Inovasi Negara (AIN)? erm.... jarang didengar bukan, sebab selalunya ramai yang fokus pada Anugerah Bintang Popular, Anugerah MeleTOP, Anugerah Skrin, Anugerah Industri Muzik, Anugerah Planet Muzik dan segala bagai anugerah hiburan. Anugerah ilmiah macam ni mungkin tak pernah dengar langsung.. ish ish ish..  




 Meh nak bagi tahu kepada anda-anda di luar sana yang mempunyai ciptaan-ciptaan berinovasi yang memberi manfaat kepada masyarakat, korang boleh hantar penyertaan untuk ANUGERAH INOVASI NEGARA (AIN) 2015. AIN 2015 ni bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada rakyat Malaysia yang berjaya menghasilkan idea, inovasi dan produk bagi kategori-kategori berikut:

 
#Produk
#Perkhidmatan
#Akar Umbi
#Sekolah 



Hadiah-hadiah pun boleh tahan gempak. Ye la kan, daripada korang simpan je hasil ciptaan korang yang kebaboom tu, baik hantar penyertaan. Ada rezeki boleh menang.. yippiess.....




Opsss.. tarikh tutup dah dekat tu. Tapi apa ada hal, selagi boleh hantar... hantar.. jangan tangguh-tangguh. Syarat-syarat penyertaan dan borang penyertaan boleh didapati di http://www.mosti.gov.my/anugerah-inovasi-negara-2015/. 


Boleh juga ikuti perkembangannya di laman-laman sosial berikut:

Facebook: /1mosti
Twitter: @MyMOSTI
Intagram: @mymosti


Selamat berinovasi ye semua.. Technology Empowers Innovation..



Senyum Selalu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (36) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (5) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (2) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (4) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)