Thursday, January 29, 2015

Santai @Taman Botani, Putrajaya

Assalamualaikum...

Taman Botani, Putrajaya ni salah satu tempat yang kitorang suka datang petang-petang. Sekadar jalan-jalan menghirup udara segar. Kalau rasa nak tour jauh sikit, boleh sewa basikal. Kalau malas juga nak mengayuh boleh tunggu tram datang, duduk la dalam tram tu jelajah Taman Botani. 
 
Ni harga sewaan basikal dan 'tambang' tram. Murah je kan.

Tempat memang sesuai sangat untuk beriadah. Ramai keluarga datang bawa anak-anak kat sini... buka tikar, bersantai kat tepi tasik, bawa bekal makan ramai-ramai. Heaven kan. Tapi jangan pula ada yang terjun tasik. Tak boleh mandi ye kat sini huhu. Kalau korang pertama kali datang dan tak tau nak pegi mana, bole mula dari Pusat Intrepetif Pelawat. Kat situ ada semua maklumat tempat-tempat sekitar Taman Botani. Ikut je laluan dari A, B, C dan seterusnya. Kalau jalan kaki lenggang kangkung, dalam sejam atau sejam setengah dah boleh habis.

Peta Taman Botani, luas kan, tapi boleh je habiskan pusing dalam 2 jam sambil berhenti snap snap gambar kat tempat-tempat yang cantik. Macam-macam tanaman ada kat sini, yang dihimpunkan ikut kategori. Ada Denai Helikonia, Taman Pepanjat, Taman Suria, Bukit Palma, Tanaman Afrika, Tanaman Amerika Tropika, Laman Bunga Raya, Terowong Bunga Kertas, Taman Paku pakis...banyak lagi la, pokoknya hijau dan sejuk mata memandang.



Ni Titian Kanopi, laluan pertama dari Pusat Intrepetif Pelawat. Gambar Sumber: Google sebab kami dok ambil gambar syok sendiri kat sini hukhuk

Ni Terowong bunga Kertas. Gambar sumber dari Google sebab dah beberapa kali kitorang datang bunga kertas nya baru nak tanam balik. Togel je huhu

Ni masa sewa basikal. Semput juga tang naik bukit palma tu. Cerun hampir 45 darjah, sudahnya kami yang tolak basikal haha. KAlau nak berbasikal ni kena datang awal sikit sebab basikal cepat habis, n orang tak denye nak sewa setakat sejam, kalau masa petang, pekerja Taman Botani siap kena pegi cari penyewa-penyewa basikal yang tak reti-reti nak balik walaupun dah maghrib!

Lepaking time

Hijau dan mendamaikan. Jalan jauh pun tak terasa penat.

Sunset dari Siar Kaki Persisiran Tasik. Cantik sangat.

Kalau tak pernah datang sini, apakata korang singgah sesekali. Taman Botani terletak di bahagian utara Presint 1. Ala area kat bulatan besar Putrajaya tu. Senang je nak cari. Kalau susah nak jumpa, waze aje. Putrajaya ni, pusing-pusing kat situ juga. Mesti sampai punya.



Senyum selalu

Monday, January 26, 2015

Langit tak selalu cerah

Assalamualaikum...

Mood: Mendung, ke laut..

Hidup ni umpama roda, bila kita di atas, jangan sesekali rasa kita tidak akan berada di bawah. Dalam kitaran kehidupan, tidak semuanya indah. Kadang kita ketawa, adakalanya pasti kita menangis. Tika memandang ke langit, jangan lupa rumput di bumi. Langit tidak akan selalu cerah, kadang mendung, hujan, ribut, bahkan pelangi muncul selepas hujan. Begitulah putaran hidup, pengalaman akan mendewasakan, masa akan merawat luka, kegagalan adalah titik permulaan kejayaan. Walauapapun, jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah, kerana Dia sentiasa ada.


Hayatilah bait-bait lagu lukisan alam ini
Hijjaz



Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitulah aturan Tuhan

Jadilah rumput nan lemah lembut
tak luruh dipukul ribut
Bagai karang didasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam sukar… hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang… awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung KurniaanNya

Usah mengharapkan kesenangan
Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan

Dalam diam… taburkanlah baktimu
Dalam tenang… buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Dalam jiwamu itu
Di dalam jiwamu itu



Senyum selalu

Friday, January 23, 2015

Night at the Museum vs Taken3

Assalamualaikum...

Dah berminggu juga lepas tengok dua movie ni. Tapi tak sempat nak tulis review (ayat tipikal bila malas menulis). Jadi kita buat ala-ala ringkasan cerita ja la ye, buat bacaan di waktu lapang hehe.


Night at the Museum - Secret of the Tomb

 

Haa yang ni aku follow sekuel dia. So tak de la aku blur macam masa tengok The Hunger Games: Mockingjay Part 1. Dari Night at Museum (2006), kemudian Night at The Museum: Battle of the Smithsonian (2009) dan sekarang Night at the Museum - Secret of the Tomb (2014). Sekuel yang ketiga ni mengisahkan perjalanan Larry (sape Larry?-alah panjang ceritanya noks, korang google la ye hehe) bersama kawan-kawan artifaknya dari Muzium New York ke Muzium London untuk memulihkan kuasa Magic Tablet yang hanpir kehabisan tenaga. Sepanjang perjalanan dorang yang cuma semalam itu, penuh dengan pengembaraan dalam muzium. Usaha menyelamatkan artifak-artifak yang dah nyawa-nyawa ikan akibat hilangnya kuasa magic tablet. Kemunculan Sir Lancelot dari Camelot menghuru-harakan usaha larry dan rakan-rakannya. Berjayakah mereka? kena tengok la kan hehe. Tapi tayangan kat panggung dah tak banyak, boleh la beli DVD atau muat turun sahaja huhu. Aku bagi 4.5 bintang sebab aku gelak sepanjang cerita, walaupun diakhirnya sedikit menyentuh hati :(. Aku tak kiranya bab-bab logik ke tidak dalam tu, yang penting kita enjoyyy...

Selamat menonton Night at the Museum - Secret of the Tomb 
"one final night to save the day"



Taken 3


Movie ni, aku tak tak follow. Tetiba je pegi tengok Taken3. Mujur ceritanya tak berbelit dan masih boleh faham. Taken 3 menceritakan bagaimana pakcik hero iaitu Bryan Mills yang dilakonkan oleh Liam Neeson menjadi buruan polis kerana di syaki membunuh bekas isterinya Lenore (Famke Janssen). Bryan berusaha mencari siapakah yang memerangkap dia dalam situasi sebagai pembunuh. Camana pulak penerimaan Kim (Maggie Grace) anak Bryan, bila mendapat tahu ayahnya membunuh maknya, dia percaya ke tidak? Siapa punya ngkara sebenarnya? erm... jalan ceritanya not bad, penuh dengan aksi kejar-mengejar, tembak-menembak, tumbuk-menumbuk, tipu-menipu, terselit kelakar juga adegan kelakar serius. Kira oke la, walaupun hero tak encem sangat haha. Aku bagi 4 bintang.

Selamat menonton Taken 3
"It Ends Here"




Senyum selalu

Tuesday, January 20, 2015

Journey to Tarakan - Part 2

Assalamualaikum... 


Ni sambungan ceritera hari tu. Part 1 baca kat sini. Selepas pat lima kali bangun, tido, bangun, tido, masih tak sampai-sampai lagi, bosan sungguh rasanya. TV tengah tayang cerita omputih, tapi sarikata dia boleh menyebabkan meroyan bila baca, jadi jom naik atas kapal tengok laut. 

5.30 petang.. tak perlu nak betulkan masa sebab tiada perubahan pun huhu. Daratan dah sayup-sayup kelihatan. Semua orang dah siap-siap regangkan badan. Sampai je pelabuhan, berpusu-pusu buruh nak angkat beg masuk dalam kapal cari customer. Kali ni aku decide nak angkat sendiri sebab pokcik aku dah ada tunggu kat atas. Rupa-rupanya azab juga nak sampai atas tu, sebab kena lompat dari satu bot ke satu bot, kapal tak berenti betul-betul kat jeti.. nanges!!! 

Alhamdulillah selamat sampai jeti tanpa kecedaraan walaupun semput rasanya, sekali lagi rasa macam nak pitam bila tengok jeti dengan kaunter imigresen kemain jauh.. pergh... menguji kesabaran betul. Tapi tak jadi pitam sebab pakcik aku bawa kereta masuk sampai ke jeti.. oh boleh rupanya bawa kete masuk hehe.. tapi jangan lupa pulak singgah kat imigresen tu kang sia-sia masuk negera orang secara haram. Kalau korang tak ada yang jemput pun jangan risau, ada banyak perkhidmatan ojek (motor) disediakan. Tapi kena bonceng la, jalan kaki aku rasa dekat 2 kilometer gak huhu..
 
Nampak tak bangunan atap biru nun sayup kat depan tu. Kat situ la kaunter imigresen nye. Jauh bebeno dari jeti kan.. huhu..

Mula-mula sekali kitorang stay kat Kelurahan Karang Anyar Pantai, Kecamatan Tarakan Barak. Phew.. berpeluh nak nyebut nye.. 5 hari di Tarakan, kami tak de la melawat tempat-tempat pelancongan ke apa sebab lebih banyak jalan-jalan melawat saudara mara. Sume nak ajak bermalam kat rumah dorang, sembang panjang-panjang. Duh... nak wat camana kan. First time datang sini kena la mengeratkan silaturrahim. Orang-orang kat sini lebih banyak menggunakan motor daripada kereta, walaupun kereta murah, tapi minyak mahal beb. Kat jalan raya tu penuh ngan motor bersimpang siur. 

Paling best kat sini ialah perut tak pernah lapar. Makan.. makan.. makan.. semedang. Pakcik makcik pulak memang mengusahakan penternakan udang. Seafood memang Heaven. Pagi sarapan mee goreng udang, tengahari udang goreng tepung, sayur goreng udang, ikan bakar.. pergh... petang pulak cucur udang... malam, udang masak merah, udang butter, ketam masak asam, ketam masak lemak...  pokoknya segalanya udang, ikan, ketam.. Sotong je yang tak ada. 
Dorang kat sini memang jamu kitorang makan kaw kaw punya. Makan cucur udang pun lebih udang dari tepung. Mee goreng udang, lebih udang daripada mee.. heaven... ketam besar.. ikan fresh.. slrup...

Belum lagi makanan-makanan lain, jajan, kudapan.. arhh... pitam terlebih kolestrol huhuh. Ayam memang tak de dalam senarai kat sini, memang melepas gian tahap tak ingat ngan seafood. Ye la, kalau kat key ell tu mana nak dapat seafood murah (erk.. percuma sebenarnya).. Tu yang macam tak ingat donia.. 

Yang tepi sekali tu nama dia 'pipang'. Nasi yang dikeringkan kemudian digoreng bersama gula merah. pergh... sedap dimakan sambil duduk atas pangkin menghirup udara segar. Kat tengah-tengah tu aku tak tau apa nama dia, tapi hak hijau tu macam kuih ketayap tapi dalam dia inti pisang. Disiram plak dengan kuah pink tu..terangkat! Yang hujung sekali tu pulak kitorang panggil 'rojjo'. Ubi kayu yang direbus sampai empuk, letak kuah macam kuah sup, bubuh mee + kacang goreng + sambal cili.. walla weh.. maveles!!



Ni nama dia Es Kelapa Muda. Mula-mula aku ingatkan ala-ala coconut shake, tapi bukan. Jahil betul bab ni huhu. Rupanya dia air kelapa muda campur + gula merah + susu pekat. Nampak tak budak tecit tu kemain sedap lagi menghirup es kelapa muda. Tapi aku tak boleh blah air ni sebab sangat manissss.... Harga dia dalam rp5,000 atau bersamaan dengan RM1.80 la gitu.
Jagung bakar. Ada dua pilihan sapuan. Sapu mentega atau sapu ngan cili. Sedap.. meletop.. yang sapu cili tu tak pedas sangat.. ngam-ngam je rasa dia. Harga dia rp5,000 juga.
 
Ini pulak martabak istimewa. Isi dia sayur-sayuran dan ayam. Lebih kurang macam martabak jawa kalau kat Sabah. Harga dia rp20,000 (pitam kejap tengok harga martabak 20,000 huhu) atau bersamaan dengan RM7.00. Kat gerai ni juga ada jual terang bulan, terang bulan tu kat Malaysia kita panggil apam balik hehe



Kalau korang nak shopping lak, boleh pegi kat Ramayana (yang ni ala-ala gedung macam Giant) atau pun pegi kat Tarakan Mall. Situ je la tempat nak shopping pun, kedai-kedai biasa tu banyak juga, yang aku tak jumpa cuma kedai jual cenderamata. Jenuh cari, cuma jumpa satu kedai saja, tu pun kat ceruk mana tah, pilihan cenderamata pun terhad. Boleh la daripada tak da. 
 
Atas tu iklan along hehe.. macam seram je baca kan. Kalau tak bayar kena kelar tapi tak kena potong haha.. sekian saya translator tidak bertauliah melaporkan. Yang hijau tu pulan tong gas 3kg. Macam comel je tong gas cinonet cam tu kan.

Satu yang aku tak tahan sikit kat Tarakan ni panas dia memang terik mencengkam. Sebab pulau kot. Sib baik tak sun burn je.  Lagi satu hal, masa mula-mula berurusniaga memang pening sebab mata wang rupiah. Dorang tak main 2, 3 digit ni, sume ribu², ratus² ribu. Bayangkan beli aiskrim pun rp2,500 mau terkulat-kulat kira duit. Tapi kejap je, lepas tu dah terer, takat rp100,000 celah gigi je haha... 5 hari kejap je berlalu. Tak sempat pon nak jalan-jalan. Kena datang lagi khas untuk jalan-jalan pulak hewhew.


Rindu kat budak-budak ni, Alif, Iqbal, Jihan.. Insya Allah jumpa lagi.
Okeh. Masa untuk balik. Kena mengharung lagi pelayaran selama 4 jam. Kali ni lebih sadis sebab cuaca hujan sepanjang jalan. Laut bergelora, kapal terhuyung hayang. Mabuk pulak jadinye huhu. Kitorang bawa balik buah tangan 20kg udang beku. Kalau korang bawa balik makanan laut, jangan lupa dapatkan clearance dari pihak terlibat. Kena ada surat macam ni. Kalau tak sia-sia kena rampas.


Kitorang bertolak dari Tarakan jam 11.30 pagi. Sampai di pelabuhan Tawau jam 3.30 petang. Kena kejar flight, jam 6.30 petang. Suasana kat pintu masuk pelabuhan pulak sesak macam biasa. Ramai sangat orang, beratur panjang yang amat. Mujurlah di sediakan laluan khas untuk warganegara Malaysia. 5 minit dah setlle, tunggu buruh bawa keluar barang. Naik teksi, terus ke airport.


Ginilah suasana nya kat pintu masuk pelabuhan Tawau. Belah tepi sekali tu lorong ekspress untuk warganegara Malaysia. Tunjuk je passport merah, boleh masuk lorong tu.

Penat yang amat. Mujurlah masa beli tiket hari tu, point enrich cukup untuk dua seat business class. Selesa sikit perjalanan balik.


Alhamdulillah.. selamat sampai rumah. InsyaAllah jumpa lagi di lain masa. Dah tahu selok belok jalan nak ke sana. Yang lebih mudah, cepat dan tepat hehe. Adios...




Senyum selalu

Monday, January 12, 2015

Puding Raja (Royal Pudding)

Assalamualaikum...

Selalu gak dengar orang bercerita pasal puding raja ni. Kenapa namanya puding raja? kata orang, puding ni dulu-dulu adalah hidangan pencuci mulut istana. Tapi sekarang ni, sapa-sapa yang pandai buat boleh makan, tak kena tulah pun, apatah lagi dihukum gantung..ngehngeh.. Berkesempatan ke Pekan, Pahang, kitorang jenuh cari puding ni, dia bukan macam goreng pisang atau keropok lekor yang boleh dapat kat mana-mana. Hasil siasatan penuh bergaya, akhirnya jumpa juga tempat yang jual puding raja. Tapi perjalanan nak ke sana tu penuh ranjau dan berliku-liku..

Haa ni la tempatnya, kalau tak biasa memang tak jumpa tempat ni. Sebab kat rumah orang. Kira macam ada bengkel buat puding ni kat belakang rumah

Kalau daripada arah Kuantan, kita akan lalu jambatan yang merintangi sungai Pahang, lepas aja hotel AnCasa Royalle akan jumpa jambatan tu. Dari penghujung jambatan terus je dalam 500 meter, nampak signboard warna hitam tulis puding raja kat belah kiri. Masuk simpang tu, terus lagi. Jumpa kubur, lepas kubur belok kiri. Korang akan nampak lagi signboard puding raja kat pagar rumah.. Dah sampai.. adventure sungguh kan.. kan.. kan...


Ni la rupa puding raja. Dijual dalam 3 saiz. 1kg (RM60), 0.5kg (30), 10oz (RM6). Ku ingatkan rupanya ala-ala puding yang selalu makan tu, huhu. Nampak naw kejakunannya di situ.


Kat bawah sekali tu pisang lemak manis, pisang ni ala-ala pisang emas tapi bukan pisang emas hehe. Kalau tak tau camana rupanya, sila google. Yang kuning macam roti jala tu dipanggil jala emas. Lepas tu kat atas sekali bubuhla buah-buahan dan kekacang.


Nampak macam simple aje kan. Tapi kenapa harganya mak aiiii boleh tahan mahal. Bila tanya pakcik jual tu, dia kata proses nak buat puding raja ni ambil masa yang lama, terutama sekali nak buat jala emas tu. Kalau tak ada kesabaran memang jadi lempeng la jawabnya haha.

Taraa.. beginilah caranya menikmati puding raja. Nak makan baru tuang kuah dia.. Yummiest.. kalau makan sejuk-sejuk memang terangkat.. aku google resepi, memang leceh nak buat, tapi kalau korang rajin apa pun bole.. tapi aku malas.. hehe...  selamat menjamu selera


Senyum selalu

Thursday, January 8, 2015

Muka surat 1, tahun 2015

Assalamualaikum...


Ops.. Kita mengundur sedikit ke lapan hari yang lepas.. Sepatutnya ni entri pertama untuk tahun 2015. Yang tak patutnya ni dah jadi entri yang kedua.. Alaaaaa tak kisahla, tak termasuk hari ini dalam sejarah pun.

Diam tak diam dah 5 tahun usia belog ni, walaupun entri nya tenggelam timbul.. Kejap ada kejap tak ada.. Tapi InsyaAllah akan terus ada sebagai tempat coretan terindah seorang blogger picisan... Pergh.. Macam syahdu je bunyi nya. 

Besar dah dia.. dah 5 tahun.. tapi tahun 2010 tu tak boleh kira kot sebab ada 5 je entri. Bila baca balik 5 entri tuh.. erk...


Banyak cerita-cerita 2014 yang dah ditinggalkan menjadi kenangan yang kekal dalam ingatan. Hari-hari seterusnya juga pasti penuh warna-warni, aku harap aku punya lebih kerajinan untuk menukilkan nya di dalam belog, untuk aku baca dan sengih-sengih sendiri satu hati nanti. 




2015 baru bermula, banyak yang ingin di capai.. banyak yang nak diperbaiki..  Kamu juga pasti sama kan. Aku harap tahun ini lebih baik lagi dari tahun-tahun sebelum ini. Moga kita semua dan negara Malaysia tercinta ini akan terus berada dalam lindungan Allah, harmoni, aman dan damai. Amin... Selamat tahun baru semua. Buka buku baru, tulis lembaran baru. Ni dah masuk muka surat 8, anything interesting in ur first 8 pages? of coz laaaaaa.. sinopsis lagi dah hebat, harap-harap sampai ke penamat -the end- untuk tahun 2015 kekal positif, sihat, bahagia.



Senyum selalu

Tuesday, January 6, 2015

Teh Tarik Place

Assalamualaikum...


Selamat tahun baru 2015! Entri pertama untuk tahun ini dek kerana kesibukan + kemalasan ngehngeh. Semalam bos belanja makan tengahari. Alhamdulillah murah rezeki bos kitorang yang comei loteh ni, si pemilih belog Alkisahnya aku anak jawa. Kitorang ke ayer@8, presint 8, Putrajaya. Siapa-siapa yang tak familiar dengan Putrajaya ni agak susah juga la nak cari, tapi jangan risau sebab signboard ayer@8 ni ada di mana-mana. Kalau sesat pon pasti akan sampai juga hehe.



Nampak aje benda alah ni, dah betul la tu. Kat sini banyak juga tempat makan yang best-best.


Lokasi kitorang nak meng'pow' dah ditetapkan oleh penyimpan mohor besar UKK di Teh Tarik Place. Dekorasinya cantik juga, sesuai untuk lepak-lepak dan borak-borak. Dah sinonim sangatlah dengan teh tarik tu. kitorang pilih tempat kat area belakang sebab boleh tengok terus tasik Putrajaya yang menyejukkan pandangan mata. Gambar tasik tak ambil pula sebab terpesona sangat sampai lupa nak snap.. snap..

Suasana dalam kedai. Ntah sape-sape la yang aku ambik gambarnya ni hehe.. 

Muka kanak-kanak ribena terlebih girang. Sorang je jejaka hari ni so kena buli jadi tukang amik gambar n beraksi bajet comel



Menu.. pilih..pilih..pilih..


Hasil penelitian dan kajian rapi selama 2 minit membaca menu



Untuk makan tengahari macam tak banyak sangat pilihan. So kitorang makan Nasi goreng TTP, nasi goreng kampung, nasi lemak, mee kari + telur dadar. Nasi goreng TTP patutnya ada ayam goreng, tapi ayam goreng pula dah habis, ganti la dengan ayam masak merah. Air pelbagai citarasa tapi yang kat atas sekali tu nama dia milo dinosaur. Agaknya untuk penggemar milo tahap dinosaur kot, ekceli milo tabur je hukhuk. Tapi sorang je yang order teh tarik walaupun makan kat Teh Tarik Place. Sungguh tidak menepati tema budak-budak nih!

Makan kat sini sangat mengenyangkan sebab kuantiti dia boleh tahan banyak. Rasa pun sedap juga. Cuma nasi goreng dia agak lembik, kurang la feel nasi goreng kat situ. Harga kira oke la. Standard harga Putrajaya huhuhu. Terima kasih daun keladi bos, lain kali belanja la lagi. Oke la, sape-sape yang agak-agak nak cari tempat makan baru, datang la sini. Selamat menjamu selera.. 



Senyum selalu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) flawless (1) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (3) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) tomato (1) tradisi (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)