Thursday, January 28, 2016

Resepi: Kek sarang semut tanpa semutnya

Assalamualaikum...

Tahun baru tanpa entri.. terasa sunyi sepi pulak.. maka kita main masak-masak je la ye. Sambil-sambil ingat balik kekdah memasak (bajet chef taraf lima bintang ekeke) yang dah berbulan-bulan tak praktis kehkehkeh. Meh kita semak resepi Kek Sarang Semut aka Kek Gula Hangus.

Dah banyak kali juga buat kek ni. Alhamdulillah menjadi dan bersarang huhu. Nampak macam senang tapi leceh juga. Silap percaturan boleh jadi kek tanpa sarang (pernah terjadi haha). Bahan-bahannya senang didapati di mana-mana kedai runcit mahupun Kedai Rakyat 1Malaysia.

Bahan-bahannya
 1 Cawan gula pasir
1 Cawan air panas
1 Sudu planta
1 Cawan tepung gandum
2 Sudu teh soda bikarbonat
4 Biji telur
1 Sudu teh esen vanila
1 Cawan susu pekat

* Tapiskan/ayak tepung bersama soda bikarbonat



Acane nak buatnya

 Masukkan gula dalam periuk (guna api kecil ye)
Masak gula sehingga cair dan berwarna keperangan (kira hangus la, tapi jangan sampai hangit ye)
Tuangkan air panas perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit. Sila berhati-hati kerana campuran gula dan air panas itu akan menghasilkan letupan-letupan manja
Sebatikan dan tutup api
Masukkan planta, kacau sehingga rata kemudian ketepikan dan sejukkan.


Pukul telur sampai kembang. Kalau malas boleh guna mixer, kalau rajin dan gagah macam saye boleh pukul manual je hehe
Bila telur dah kembang, masukkan susu pekat dan pukul lagi hingga sebati
Masukkan tepung sedikit demi sedikit, gaul rata sampai sekata
Ambil air gula tadi dan campurkan sekali. 

  
Dah selesai bolehlah masukkan kedalam loyang dan biarkan selama 3-4 jam. Loyang tu sila sapukan dengan planta dahulu ataupun lapiskan dengan kertas masakan (apa tah nama dia.. lupe daa).Tujuan dia supaya sarang-sarang semut tu boleh terbentuk dengan jayanya. Kalau terus masuk oven tak kan jumpanya sarang semut kat dalam. Jadi kek span pulak kang.

Lepas dah perap tu bolehlah di masukkan ke dalam oven dengan suhu 170 darjah celcius selama 45 minit. Untuk hasil yang memberangsangkan, guna api bawah sahaja bagi 30 minit pertama. 15 minit terakhir jangan lupa buka api atas bawah. 


Taraaa... dah siap.. inilah dia Kek Sarang Semut tanpa semut!
bolehlah dipotong-potong dan dijadikan santapan. 
Selamat mencuba. 
Adios.



Senyum Selalu

0 orang sedang berangan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) flawless (1) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (3) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) tomato (1) tradisi (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)