Friday, June 10, 2016

5 Ramadan: Kuih muih..

Assalamualaikum...


Karipap ini berharga RM2.00 (50 sen sebiji).

#Throwback kronologi harga kuih muih dari zaman dahulukala hingga zaman millenia ini.. .
⏩ Kecik-kecik dulu (10 sen sebiji) 
⏩ zaman sekolah (20 sen sebiji) 
⏩ zaman belajar (30 sen sebiji) 
⏩ zaman mula kerja (40 sen sebiji) 
⏩ zaman laaa ni.... (50 sen sebiji) sesetengah tempat ada yang 70 sen sebiji...

Selang masa dalam setiap 4-5 tahun, sekarang semakin kerap.. Erm... Zaman sekarang ni semua perlukan duit, mungkinkah satu hari nanti udara yang kita sedut ni pun akan ada yang mengaku hak milik sendiri dan mula ke akan harga untuk bernafas. Kata orang, duit bukan segalanya, duit tak boleh beli bahagia.. Tapi kalau tak de duit boleh ke bahagia..?? Tepuk dada tanya selera...

Selamat berbuka semua... #noreasondotmy #ramadan #kuihmuih #bukapuasa #iftar

Thursday, June 2, 2016

Alahai... Wiper.. di manakah kau berada?

Assalamualaikum....

#Throwback.... 

Alkisahnya.. Allah mahu menduga. Mungkin juga kifarah dosa-dosa yang semakin membusut. Tiba-tiba terpeleot urat pinggang (nanti la kita cerita bab ni dalam entri yang lain). 3 hari menahan sakit... 2 jam statik baring tak boleh gerak, 1 hari baring je, bila gerak rasa badan nak putus dua, 1 hari lagi tempoh pemulihan. Macam sadis betul bunyinya kan? huhu Alhamdulillah kembali sihat. 

Cukup dua hari tak pergi kerja, tak teringat pulak parking kereta kat kawasan MPK. Petang Selasa tu rasa dah gagah nak drive balik Putrajaya, walaupun rasa sakit tu agak masih semut-semutan. Sampai kat kereta, pandang kat wiper tu macam ada sesuatu yang pelik. Oh.. ada kertas saman nampaknya.... nangess...

Dah masuk dalam kereta, hidupkan enjin, tetap juga nampak macam ada yang tak kena kat wiper. Renung punya renung.. rupanya.....


Emoticon nanges tak berlagu tak ada pulak kat sini.. Waaaaa... sampai hatimu wahai si pencuri kerana merembat wiper ku. Tak tahu la nak gelak ke nak nangis. Mujur jugalah wiper yang kau berkenan, boleh la aku beli je kat giant nanti. Sebelum pulang ke Putrajaya, singgah kejap kat kiosk MPK, bayar terus saman, sebab kalau bayar dalam 3 hari, RM10.00 je.

Cadangnya nak beli wiper kat Putrajaya je, sebab dah petang, malas nak menempuh kesesakan jalan raya dengan orang balik kerja. Nak dijadikan cerita, dalam perjalanan ke Putrajaya, hujan turun. Wiper tak beli lagi!!!!  Turun je rintik-rintik hujan, dah cuak.. nampak je R&R Mafors, terus masuk dalam, berhenti kejap. Erm.. tak hujan pun, rintik-rintik manja je. 

Masuk balik Elite, jalan 2-3 km hujan turun brup lebat sedebuk.. waaaaa..... memang tak tau nk buat apa, mujur duk line paling kiri, belakang jentolak kaler kuning.. baru je cadang nak berhenti kat lorong kecemasan tetiba ada satu kereta berdesup laju lalu kt lorong kecemasan tu.. erk.. tak berani pulak nak berhenti dalam hujan lebat ni, takur kena langgar je walaupun dok lorong kecemasan.

Teruskan lah juga perjalanan, terkedek-kedek mengekor belakang lori sambil doa supaya hujan berhenti. Alhamdulillah, tak sampai sepuluh minit, hujan berhenti. Fuhh.. lega.. Akhirnya selamat sampai ke Putrajaya, terus balik rumah tak singgah mana-mana pun. Tangguhkan dulu niat nak beli wiper sebab langit dah gelap semacam. Seperti yang diduga, Cecah je bawah rumah hujan turun mencurah-curah ke ladang gandum. Lebat yang amat. 

Amik masa dalam 3 hari juga baru pegi carik wiper huhu. Malas punya pasal, tapi sebab takut ter 'on' wiper habis calar cermin kereta, gagah jugakla gi beli wiper.. RM14++, pasang dan siap... Omei dah baby kuning ni.  

Pesanan kepada si maling wiper: Harap-harap wiper itu memberi manfaat kepada anda. Jangan curi orang punya lagi. Dosa... 



Senyum selalu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NoReason: Baca ini juga

Contengan Ku

#MH17 (2) #PrayForMH370 (4) 1001 Kisah (37) 1Malaysia (3) 2015 (2) 2016 (1) Ahmad Ammar (1) Alamanda (1) Aman Palestin (1) Annabelle (1) Anugerah (2) Artis (8) Award (1) banjir (1) bbplus (2) Biasiswa (1) blouse (1) Bola (2) Book Fair (1) Botani (1) Bowling (1) Cadbury (1) casual (1) Catuan air (1) Celcom (1) cheese cake (1) Cita Citata (1) Coklat (2) Contengan (60) Corat coret (6) Corat-coret (97) Cuti (6) Dangdut (1) Dilwale (1) DNA Babi (1) Drama (4) dree (1) ebiet (1) ekzema (1) English Corner (3) ePRIX (1) exam (1) fesyen (1) Filem (19) flawless (1) FormulaE (1) Friend Request (1) GA/Contest/Segmen (3) Gadjet (8) Games (3) GAZA (1) gempa (1) Gossip (2) Gula Hangus (2) Hal Ehwal Belog (14) Hal Ehwal Kereta (2) hamil (1) Hanez Suraya (1) Hangat (1) Hantu (1) Haram (1) Hijrah (1) Hollywood (1) Hotlink (1) Hunger Games (1) Ikan (1) Iklan (1) imigresen (1) Indonesia (2) Info (35) Inovasi (2) Jalan-jalan (13) jjcm (5) Kampus (2) Kehidupan (18) Kek (2) Kelakar ke (12) Kerajaan (1) Kerja (7) Keselamatan siber (1) Kesihatan (7) Kisah Dongeng (1) Kisah Masyarakat (10) Lady Driver (3) Lagu (11) Life (3) LIMA (1) Lirik (10) Luahan Perasaan (12) Macam-macam ada (12) madah (1) Makan (34) Marine Essence (1) Masak-masak (20) Maxis (1) medan selera (2) melancong (1) Melur Jelita (1) Memandu (1) Merdeka (1) Mewangi (1) MH370 (4) myBIZ (4) Nasi (2) Negara (2) NICE (2) Niece (2) NOVEL (8) Nuffnang (1) nukilan (1) online (2) pakaian (1) Pameran (3) Panduan (2) Pasar malam (1) passport (1) PATI (1) penipuan (1) Peperiksaan (1) Persidangan (1) Pesta Buku (2) Petua (3) Piala Malaysia (1) Politik (5) Postpaid (1) pregnant (1) Prepaid (1) program TV (11) PTD (1) Puasa (3) puding (2) Pulau (1) Putrajaya (5) Rakan blogger (1) Ramadan (1) Ramadhan (23) RASA (1) Raya (12) Rekreasi (2) Renew (1) Resepi (23) review (7) Riadah (2) Sabah (1) Sains (2) Saintis (2) Seafood (1) Selawat Perdana (1) Selfie (1) Semasa (5) Senyum (5) shopping (1) Sinetron (1) Skandal (1) skin solution (1) SPA (1) SPAM (1) SPAN (1) Stacy (1) steamboat (1) STG (1) Suka-suka (11) Sukan (7) Syabas (1) Taman (2) Tarakan (2) Tazkirah (2) Teka-teki (2) Teknologi (1) tempat makan (3) The 5th Wave (1) Tiga Rasa (1) Tips (4) Tiramisu (1) tomato (1) tradisi (1) Travelog (5) Uji minda (3) UTM (3) Video (2) Walimatul urus (2) Wanita (2) Warna (4) Wordless (17) zalora (1)